January 14th, 2013

Tindakannya mengkritik drama Malaysia di Twitter miliknya sewaktu menjalani penggambaran filem tempatan sebulan lepas menimbulkan kemarahan rakyat negara ini. Susulan dari tweet tersebut, Preside Seniman, Zed Zaidi telah membuat pemeriksaan dan mendapati aktres seksi Indonesia itu bekerja di sini tanpa permit yang sah.

Dalam akhbar Harian Metro hari ini melaporkan Julia Perez telah mohon maaf dari rakyat Malaysia tentang kritikannya itu melalui surat yang dihantar kepada Zed.

Zed berkata, kini terpulang kepada rakyat Malaysia terutama orang-orang industri untuk memaafkan pelakon tersebut atau sebaliknya.

Bagi Seniman, permohonan maaf itu sudah mencukupi dan sekurang-kurangnya Julia menghormati budaya dan sensitiviti negara ni. Tambahan pula dia pekerja asing yang mahu berlakon di sini.

Minggu lalu, Julia turut memohon sebagai ahli Seniman dan kami menerimanya sebagai ahli bersekutu.

Zed turut memberi amaran keras kepada pelakon asing agar menghormati budaya dan undang-undang sedia ada.

Begitulah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak tweet, delete pun tak guna kalau sudah di print screen. LOL.


Comments are closed.

Loading...