Takziah diucapkan kepada pelakon penuh kontroversi Indonesia, Julia Perez yang baru-baru ini telah mengesahkan dirinya menghidapi kanser serviks tahap kedua. Pengumuman tersebut dilakukan oleh Jupe ketika majlis pelancaran bukunya, Jupe: My Uncut Story di Kemang, Jakarta Selatan. Pengesahan kanser serviks itu telah dilakukan oleh sebuah hospital di Singapura.
Julia Perez selama ini cuba menyembunyikan penyakitnya itu tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkannya. Kata Jupe:-
Saya perlukan ketahanan dan ketabahan mental untuk membuat pengumuman ini
Sepatutnya Julia Perez menjalani rawatan sesi rawatan kemoterapi dua minggu lagi, tetapi menundanya kerana terikat dengan pelbagai komitmen. Semoga Jupe tabah menghadapi dugaan ini. Jangan ditangguhkan rawatan yang sepatutnya. Takut-takut lagi melarat. Sementara boleh dipulihkan, lebih baik bersegera. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Jupe.