Perkahwinan bukanlah sesuatu yang berlandaskan rasa cinta semata-mata, tetapi ia perlu ada kepercayaan dan kesetiaan antara pasangan. Akan tetapi, dalam melayari bahtera perkahwinan sudah pasti akan ada cabaran kecil termasuklah gangguan orang ketiga.
Perkara ini telah dialami sendiri oleh pelakon, Julia Farhana apabila suaminya, Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim telah cuba digoda oleh seorang wanita.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon tersebut menceritakan situasi di mana seorang wanita cuba mendekati suaminya secara terang-terangan pada suatu ketika dahulu.
Yang lebih mengejutkan adalah apabila wanita tersebut tidak menghiraukan kewujudannya yang berada di samping suami.
Saya pernah berada dalam situasi di mana seorang wanita datang kepada suami saya, berbual dengannya dan langsung mengabaikan kewujudan saya di sebelah dia.
Girl, saya tidak berminat untuk berbual dengan awak, dan jelas suami saya pun jawab sepatah-sepatah, like common sense?
Awak memang terdesak sangat ke?
Walau bagaimanapun, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur apabila suaminya tahu menjaga batas terutamanya apabila dengan wanita lain.
Kami tidak selesa, tinggalkan kami, biarkan suami saya sendirian. Dia jelas tidak mahu bercakap dengan awak.
Suami saya tidak pernah jadi masalah kerana dia memang jaga batas. Alhamdulillah saya tak pernah risau.
Sekadar info tambahan, Julia mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.