Julia Farhana Anggap Gangguan Seksual Bukan Isu Remeh, Pernah Alami Trauma Emosi & Psikologi

Hiburan

Julia Farhana Anggap Gangguan Seksual Bukan Isu Remeh, Pernah Alami Trauma Emosi & Psikologi

Gangguan seksual bukanlah satu isu remeh, sebaliknya menyebabkan trauma dari segi emosi serta psikologi dan itulah yang dialami pelakon, Julia Farhana Marin ketika masih muda dan naif.

Zed Zaidi
3 years ago

"Takut Hilang 'Job' Dan Dipulaukan, Punca Utama Mereka Enggan Buat Aduan Gangguan Seksual" - Zed Zaidi

Advertisement

Menurut Julia, dia sering menerima gangguan seksual secara lisan setiap kali menghadiri uji bakat, terutamanya dalam bilik yang dipenuhi lelaki pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Saya tidak pernah disentuh, tetapi gangguan seksual secara lisan juga teruk akibatnya. Ia membuatkan saya rasa seperti tiada harga diri, kerdil dan murahan.

Julia memberitahu lagi yang dia hanya mampu terseyum pada awalnya apabila mengalami gangguan seksual di lokasi penggambaran atau majlis namun perlahan-lahan belajar mempertahankan diri untuk dihormati.

Tambah Julia, dia pernah cuba membalas dan mempertahankan diri tetapi tindakannya itu memberikan kesan negatif apabila dia berubah menjadi seorang yang beremosi bagi melindungi diri.

Susulan daripada itu, Julia memberitahu yang dia juga pernah digelar gila, bipolar serta sombong kerana menjaga batas antara dia dan lelaki di lokasi penggambaran malah terpaksa mengelak daripada melakukan eye contact untuk berinteraksi.

Julia Farhana

Namun, saya pula dituduh sombong, tiada adab dan kurang ajar sebab tidak bertegur sapa.

Ujar Julia lagi, dia mengalami trauma ketika masih remaja tetapi tiada siapa yang tahu dan percaya lalu lama kelamaan, dia belajar mengamalkan penjarakan fizikal dan bersosial secara sihat.

Julia turut memaklumkan yang dia sudah belajar untuk menangani gangguan seksual dengan baik dan menegaskan yang gangguan seksual tidak boleh dibiasakan kerana ia bukan gurauan yang melucukan.

Dalam pada itu, Julia sempat memberikan nasihat kepada individu yang pernah mengalami gangguan seksual untuk bersuara jika berdepan situasi tersebut dan jangan biarkan situasi itu membelenggu emosi dan kehidupan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...