Setelah berdolak-dalik selama ini, akhirnya komposer terkenal, Julfekar membuat pengakuan yang dia kini sedang menyulam cinta dengan anak didiknya, Min Yasmin. Untuk makluman anda, Julfekar kini berusia 40 tahun manakala Min berusia 25 tahun. Menurut perancangan, mereka berdua bakal berkahwin selewat-lewatnya awal tahun depan.
Walaupun berbeza umur lebih kurang 15 tahun, Julfekar mengakui kematangan Min Yasmin memikat hatinya. Kata Julfekar:-
Kami menjalinkan hubungan serius sejak 2009. Ketika itu Min belum jadi penyanyi. Min bekerja dengan saya sebagai pembantu peribadi (PA). Saya terpikat dengan Min kerana dia gadis matang walaupun usianya baru 25 tahun. Dia juga sangat memahami dan dapat menerima keadaan diri saya seadanya. Apatah lagi, hubungan kami direstui keluarga. Sama ada keluarga dia (Min) mahu pun saya, hubungan kami diterima baik. Malah Min juga rapat dengan anak, cucu dan bekas isteri saya
Rombongan merisik telah pun dihantar oleh Julfekar pada penghujung tahun 2011 lalu. Min Yasmin mengakui dia menyukai lelaki yang matang lantaran itu memilih Julfekar. Kata Min:-
Apatah lagi, dia berfikiran terbuka dan ia membuatkan hubungan persahabatan dan percintaan kami amat menyenangkan. Jadi, saya tolak ke tepi faktor usia kami yang jauh berbeza kerana persefahaman lebih utama. Pada saya, usia tidak menjadi halangan kerana yang pasti Julfekar begitu menyayangi diri Min, sangat menghormati keluarga Min serta bertanggungjawab
Kalau dah jodoh, sememangnya usia bukan penghalang. Semoga segalanya berjalan lancar buat Julfekar dan Min Yasmin. Perancangan dah ada, cubalah laksanakan sebaik mungkin. Sama-samalah kita doakan mereka akan ke jinjang pelamin seperti yang dirancang. Kredit info Harian Metro.
P.S: SK-II, Dior, Lancome, Chanel, Clinique. Gucci, Guess, Hermes, Haskin dan banyak lagilah produk-produk berjenama. Semuanya pada harga yang lebih murah dan rendah daripada biasa. Kualiti adalah DIYAKINI dan penghantaran adalah DIJAMIN. Tunggu apa lagi..mari dapatkan barangan di http://my.bestbuy-world.com dan LIKE www.facebook.com/