Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jujurnya Berlakon Hanya Boleh Kaya Sementara – Zain Saidin

Lama juga suami kepada Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin tidak berlakon di dalam mana-mana drama mahupun telemovie. Ramai yang tertanya, adakah beliau mempunyai masalah ataupun merajuk?

Advertisement

Zain menerusi portal mStar Online menjelaskan beliau bukannya merajuk tetapi ingin memberikan fokus kepada perniagaan beliau yang jauh lebih lumayan pendapatannya. Zain akui bayaran yang diberikan kepadanya sebagai pelakon tidak setimpal.

Jujurnya berlakon hanya boleh kaya sementara tetapi dengan perniagaan pulangannya berlipat kali ganda cuma kita perlu berusaha keras. Saya bukannya merajuk atau bersikap ‘demand’ namun itulah realiti industri hiburan dan saya perlu lakukan perkara lain dan tidak hanya fokus kepada lakonan sahaja.

Kadang-kadang saya dipanggil memberikan ceramah selama dua jam bayarannya sama dengan hasil lakonan selama seminggu. Jadi anda nilaikan sendiri.

Walaubagaimanapun, Zain sebenarnya masih ingin berlakon dan terbuka untuk menerima sebarang tawaran sekiranya bayaran yang diberikan berbaloi.

Advertisement

Banyak pelakon baru yang muncul dan persaingan didalam dunia lakonan ketika ini agak hangat. Kadang-kadang sukar untuk pelakon yang sudah lama berada didalam industri untuk cari makan. Apa-apa pun, langkah Zain untuk menceburi bidang perniagaan adalah yang terbaik untuk mencari rezeki yang lebih berbaloi.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top