“Juara Lagu Soon..” – Video ‘Mic Drop’ Buat Netizen Tertanya, ‘Pocket Rocketman’ Bakal Bergelar Penyanyi?

Kehidupan

“Juara Lagu Soon..” – Video ‘Mic Drop’ Buat Netizen Tertanya, ‘Pocket Rocketman’ Bakal Bergelar Penyanyi?

Terbaru, legenda berbasikal trek negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang atau dikenali sebagai Pocket Rocketman telah memuat naik satu video memaparkan dirinya memegang microphone membuatkan netizen tertanya-tanya.

Dalam video tersebut, dilihat atlet itu berkongsikan video pendek memaparkan dirinya melakukan aksi ‘mic drop’ dengan latar belakang lagu ‘Bangun’ nyanyian penyanyi rap, Aman Ra.

Advertisement

Sesuatu perkara lain daripada yang pernah lakukan sebelum ini. Semua ini untuk anda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Susulan membuat gaya seperti itu, aksi tersebut telah mencetus tanda tanya serta pelbagai spekulasi dikalangan netizen.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Azizul bakal menceburi bidang nyanyian pula.

komen

2024-08-11 13:56:27

"Main Kotor! Shame On You Wakil France" - Halang & Himpit Azizulhasni, IG Rayan Helal Teruk 'Diserang' Netizen Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram