Juara Catur Dunia Sanggup Hilang Gelaran Hanya Kerana Enggan Memasuki Arab Saudi

Trending

Juara Catur Dunia Sanggup Hilang Gelaran Hanya Kerana Enggan Memasuki Arab Saudi

Portal StepFeed melaporkan juara catur wanita dunia rela kehilangan 2 gelaran yang dipegangnya kerana enggan menghadiri kejohanan yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Advertisement

Anna Muzychuk, 27 yang berasal dari Ukraine memenangi 2 gelarannya di kejohanan catur di Doha dan Qatar tahun lepas membantah layanan Arab Saudi terhadap perempuan yang di layan seperti “makhluk yang tidak berapa penting”, lapor StepFeed lagi.

Dalam masa beberapa hari lagi, saya akan kehilangan 2 gelaran juara dunia kerana saya tidak mahu ke Arab Saudi

“Saya tidak mahu bermain menurut peraturan orang lain, tidak memakai abaya, tidak perlu ditemani apabila keluar, dan sekaligus tidak berasa diri saya seperti makhluk yang tidak berapa penting.” tambahnya lagi.

Persekutuan Catur Dunia (FIDE) mengumumkan suatu persetujuan dengan penganjur telah dicapai di mana peserta wanita hanya peru memakai sut seluar biru gelap atau hitam dan blaus berkolar tinggi.

Ini adalah kali pertama persetujuan untuk tidak perlu memakai tudung atau abaya pada perlawanan dicapai untuk acara sukan di Arab Saudi, lapor FIDE.

Kebelakangan ini, Arab Saudi dilihat melaksanakan bebrapa langkah penting untuk memulihkan hak wanita seperti membenarkan mereka memandu, bertanding pilihan raya tempatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...