Jualan Tiket Bermula, Ini Peluang Miliki Tiket ‘Early Bird’ Ke Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars)

Branded

Jualan Tiket Bermula, Ini Peluang Miliki Tiket ‘Early Bird’ Ke Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars)

BTS bukanlah satu nama yang asing dalam industri muzik. Kumpulan yang bermula sebagai group Kpop daripada Korea Selatan ini berjaya mengukir nama di peringkat antarabangsa sebagai salah satu boyband paling popular di dunia dengan membawakan pelbagai genre muzik.

Namun begitu, tahun lalu kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka akan ‘berehat’ sebentar daripada aktiviti berkumpulan dan setiap ahli akan menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib Korea Selatan dan mengeluarkan lagu serta album mereka solo masing-masing.

Bila mana ramai peminat setia BTS yang dikenali sebagai ARMY sedih dengan pengumuman ini, kumpulan Kpop sensasi itu bagaimanapun menemui cara lain untuk bertemu peminat mereka dengan satu perkara yang tidak dijangka, melalui Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars).

Malaysia Negara Pertama Anjur Jelajah Dunia Pameran Imersif ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars)

Pameran yang dianjurkan oleh THE FACT dan dipersembahkan oleh Seni Jaya ini memberi peluang kepada ARMY merasai dan melihat sendiri perjuangan BTS sebagai kumpulan idola.

Satu kelebihan buat ARMY tempatan kerana Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang akan menganjurkan Jelajah Dunia Pameran Imersif ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars).

‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) Pamer Evolusi Perjalanan BTS

Kami yakin mesti ramai tertanya-tanya apa yang istimewa dengan pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) ini kan?

Untuk pengetahuan, ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) ini diinspirasikan dari “THE FACT BTS PHOTOBOOK SPECIAL EDITION”. Pameran imersif ini akan ‘memukau’ pengunjung menyelami perjalanan dan pengalaman karier BTS dari tahun 2020 hingga 2022.

Pameran penuh keajaiban ini bertemakan “Singing the Stars” ini didedikasikan kepada perjalanan evolusi dua hala diantara kumpulan BTS dan peminat mereka, ARMY.

Di mana masing-masing berkembang menjadi bintang mengikut acuan sendiri.

Tapi tidak terhad untuk ARMY sahaja, kami yakin pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) bakal memberikan satu pengalaman baru yang luar biasa.

Terdapat 8 aktiviti yang menanti pengunjung iaitu:

1. VIRTUAL REALITY (VR)

Rasai pengalaman seperti berada di pentas dan menyaksikan persembahan dari BTS dengan suasana di konsert. Ini adalah peluang bagi ARMY untuk berinteraksi secara dekat dengan BTS.

2. 7 ROOMS

Meneroka dunia BTS dengan melalui 7 bilik yang melambangkan peribadi serta pengalam setiap ahli BTS dalam dunia hiburan.

3. ORBITAL TUNNEL

Melalui laluan yang penuh dengan lampu dan muzik BTS sepanjang anda mengembara dunia BTS.

4. BTS UNIVERSE

Nikmati pemandangan cahaya bintang dan apresiasi diri sebagai ARMY dengan gift box tree serta mesej peribadi dari BTS.

5. ARMY WAY

Memasuki ruangan ajaib yang penuh dengan lirik, mesej dan gambar eksklusif BTS dari TMA khas buat tontonan ARMY.

6. IMMERSIVE PROJECTION MAPPING

Alami dan rasai pengalaman persembahan BTS di pentas ikonik TMA dalam bentuk 360 darjah dengan kualiti bunyi di konsert.

7. MERCHANDISE

Jadikan pengalaman hebat di pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) bermakna dengan memiliki limited edition merchandise khas buat ARMY.

8. PHOTO ZONE

Abadikan detik gembira di pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) dengan bergambar di zon gambar.

Jadi yang terawal memiliki tiket ke pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars)

Kami pasti ramai ARMY dan yang bukan peminat pun teruja nak menyaksikan pameran ini kan?

‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) akan diadakan ini diadakan di Pavilion Bukit Jalil bermula dari 1 Disember 2023 sehingga 10 Mac 2024.

Tiket akan dijual bermula 11 Oktober 2023 di laman web Seni Jaya Corporation dan ticket2u.

Senarai harga tiket bagi pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars):

Rancang waktu lawatan anda (boleh rujuk jadual dibawah) ke pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars).

Ruang pameran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pastikan datang dengan geng untuk keseronokkan berganda.

Tiket yang dibeli secara atas talian boleh ditebus pada hari lawatan, 15 minit sehingga 1 jam awal sebelum waktu yang yang dipilih.

Pameran ini dijangka mengambil masa sekitar 75 hingga 90 minit untuk satu sesi.

Dengan setiap pembelian tiket menyaksikan pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) anda akan membawa pulang hadiah PERCUMA yang mengandungi beg zip lock, lencana bintang ARMY (bateri) dan juga photocard ahli BTS (random) dari pihak penganjur.

BVERSEBeli Tiket ‘Early Bird’ Untuk Lebih Penjimatan

Nak melawat pameran ni berulang kali? Jadi pembeli tiket ‘early bird’.

[ISNIN – KHAMIS]

-RM78 untuk Warganegara Malaysia

-RM88 untuk bukan Warganegara

[JUMAAT – AHAD & CUTI UMUM]

-RM88 untuk Warganegara Malaysia

-RM98 untuk bukan Warganegara

Harga promosi ini hanya dibuka pada 11 Oktober 2023 sehingga tiket early bird habis dijual. Harga tiket akan kembali ke asal mengikut waktu yang dibeli oleh pengunjung.

Pengalaman Sekali Seumur Hidup!

Panggilan buat semua peminat Kpop, pastikan anda tak terlepas peluang mendapatkan tiket dan rasai sendiri pengalaman mengujakan serta menikmati pengembaraan bersama BTS di pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars).

Tiket hanya dijual di DUA (2) platform rasmi Seni Jaya Corporation dan ticket2u.

Nak lebih mudah boleh beli dengan imbas QR di bawah.

Ikuti laman sosial rasmi B★VERSE di Instagram, X dan TikTok.

Maklumat tambahan:
1. Pengunjung perlu menunjukkan e-tiket dan menebus pas masuk / gelang tangan serta mengambil hadiah percuma di tempat pameran sekurang-kurangnya 15 minit atau maksimum 1 jam sebelum slot masa yang ditempah.
2. Untuk mengelakkan penyalahgunaan tiket oleh individu lain, anda diminta untuk tidak berkongsi sebarang salinan gambar e-tiket / Kod QR dengan sesiapa sahaja atau di media sosial.
3. Pengembaraan mengasyikkan di pameran ini kan mengambil masa kira-kira 75 hingga 90 minit.
4. Tiket Flexi hanya sah pada tarikh yang dipilih oleh pelawat dan tertakluk kepada ketersediaan slot masa yang paling awal, tanpa sebarang sekatan masa. Kemasukan terakhir ialah pada jam 8:40 PM.
5. Kemasukan PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah mesti ditemani dan diawasi oleh orang dewasa pada setiap masa.
6. Setiap tiket adalah sah untuk SATU (1) kali kemasukan sahaja dan hendaklah mengikut slot masa yang ditempah. Kemasukan semula adalah dilarang sama sekali.
7. Untuk mengelakkan kekecewaan, barangan eksklusif boleh ditempah melalui pihak yang bertanggungjawab/laman web rasmi dengan bayaran deposit 50%. Barang yang ditempah awal hanya boleh diambil pada hari lawatan anda selepas pembayaran baki dilakukan.
8. TIADA pertukaran, bayaran balik, penggantian dan/atau lanjutan tiket/barangan dapat dilakukan dalam apa jua keadaan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...