Melangkah dari dunia lakonan ke bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, dan itulah cabaran yang dihadapi oleh pelakon popular Korea Selatan, Song Ji-hyo.
Sejak penghujung tahun lalu, bintang “Running Man” ini mendedahkan bahawa beliau kini bergelar CEO bagi jenama pakaian dalam wanita miliknya sendiri, nina.ssong.
View this post on Instagram
Menurut Song Ji-hyo, impian untuk memiliki jenama ini telah dirancang sejak hampir lapan tahun lalu. Namun, selepas pelancarannya, sambutan awal agak mengecewakan apabila hanya menerima beberapa tempahan sahaja. Walaupun begitu, pelakon itu tidak mudah mengalah.
Dia tetap menunjukkan komitmen tinggi apabila berkongsi foto di media sosial yang memaparkan dirinya sibuk membuat ukuran dan memilih kain di mana usaha di belakang tabir untuk memastikan kualiti dan keselesaan produk terbaik kepada pelanggan.
Semangatnya menjadi bukti bahawa beliau serius membina jenama ini walaupun berdepan cabaran awal.