Baru-baru ini kecoh apabila adik kepada pembekal tekstil terkenal di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan ramai netizen yang marah.
Walaupun pemilik jenama itu sudah pun memohon maaf tetapi netizen sebulat suara ingin memboikot pembekal tersebut dan mahu mencari pakaian daripada jenama lain pula.
Disebabkan itu, terdapat seorang individu yang telah memuat naik satu posting di laman Facebook dan meminta orang ramai supaya menyokong perniagaan pakaian Ustaz Ebit Liew yang terkenal kerana sering membantu orang susah.
Mungkin kerana cadangan itu, netizen nampaknya telah berpusu-pusu dan membeli-belah di Elew’s Design sehingga menyebabkan stok pakaian yang ada habis licin disapu.
Sokongan memberangsangkan itu membuatkan pendakwah terkenal itu terpaksa memuat satu entri di laman Facebook bagi mencari 100 tukang jahit tambahan bagi memenuhi semua permintaan pelanggan yang naik dengan mendadak.
Dikhabarkan buat masa ini, cara pembelian di butik tersebut hanya boleh dilakukan menerusi atas talian kerana premisnya ditutup buat seketika waktu. Netizen yang mahu membeli-belah boleh terus ke pautan yang disediakan di laman Instagram pendakwah tersebut.
Nampaknya rezeki Ustaz Ebit Liew tak putus langsung sepanjang bulan Ramadan ini dan diharapkan segala usaha murninya berjalan dengan lancar dan mudah.

Anonymous
May 6, 2020 at 3:02 am
Assalamualaikum saya seorang kebetulan ngah mendalami dunia jahit dah 10 thn lebih pengalaman
kiah marhein
May 5, 2020 at 11:13 am
dari dulu lagi jakel ni…kalo ko bukan dato tan sri ko datang sana layan nak taknak je….org kaya datang ko siap jamu air ..padahal beli tidak…yang marhein ni beli beribu2 tapi sebab pakai selipar ko tak layan…sekarang alhamdulillah mendapat laa uols
aida wan
May 5, 2020 at 7:36 am
Tu dia tentera Allah dah sampai…. Hidup jangan takbur… Moga Jengkol melingkop..
Tieya
May 4, 2020 at 3:50 pm
Alhamdullilah..