Jualan Murah IKEA Dilanjutkan Hingga Hujung Tahun, Ini Antara Produk Menarik Anda Boleh Dapatkan!

Trending

Jualan Murah IKEA Dilanjutkan Hingga Hujung Tahun, Ini Antara Produk Menarik Anda Boleh Dapatkan!

IKEA Malaysia baru sahaja mengumumkan jualan murah mereka akan dipanjangkan sehingga 31 Disember 2019 ini. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah koleksi perabot atau peralatan rumah yang diinginkan.

Menariknya, khas untuk ahli IKEA anda boleh dapatkan potongan 10% untuk barangan perabot rumah yang berada dalam jualan murah kali ini di store IKEA.

Advertisement

Jom tengok antara produk barangan rumah yang anda boleh dapatkan di IKEA!

IKEA Malaysia

RASKOG trolley (RM129)

ikea malaysia

Troli tiga tingkat ini sesuai diletakkan di dapur untuk barang-barang masakan seperti rempah ratus, bawang atau mungkin barang lain yang sesuai.

STRANDMON wing chair (RM699)

ikea malaysia

Kerusi ini dijual berasingan dengan foot stool yang mana dijual pada harga RM249 sahaja.

FORSA work lamp (RM69)

IKEA Malaysia

Lampu ini boleh diletakkan di meja membaca atau di sebelah katil untuk memudahkan anda membaca sebelum tidur.

Perabot untuk kanak-kanak

Untuk yang ada anak-anak kecil, pelbagai pilihan perabot yang sesuai diletakkan di bilik anak anda juga ditawarkan dengan harga rendah.

STUVA / FRITIDS bench with toy storage (RM340)

IKEA Malaysia

FLYTTBAR basket with lid (RM24.90)

IKEA malaysia

Boleh digunakan untuk kegunaan dua dalam satu sama ada menyimpan permainan atau pakaian. Yang penting, disertakan sekali dengan penutup.

FLISAT toy storage with wheels (RM119)

ikea malaysia

Selain daripada untuk menyimpan mainan, ini juga boleh dijadikan mainan anak-anak kerana didatangkan dengan roda untuk bergerak.

GODISHUS chest of 3 drawers (RM299)

ikea malaysia

Almari ini sesuai diletakkan di bilik kanak-kanak kerana saiznya yang lebih kecil dan rendah. Juga disertakan dengan stickers berwarna untuk anak anda bermain.

Ada banyak lagi produk barangan rumah yang ditawarkan untuk jualan murah IKEA kali ini. Lagi berbaloi kalau anda mendaftar sebagai ahli. Jadi tunggu apa lagi?

Selamat membeli belah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...