Starbucks Menawarkan Diskaun 80% Sempena Jualan Gudang

Trending

Starbucks Menawarkan Diskaun 80% Sempena Jualan Gudang

Hujung minggu ini anda boleh dapatkan merchandise Starbucks dengan diskaun sebanyak 80%!

Bukan calang-calang diskaun yang ditawarkan tu. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur ayuh ramai-ramai ke The Starling Mall Damansara Uptown pada 28 hingga 30 Jun ini untuk dapatkan tawaran eksklusif ini.

Pastinya buat penggemar Starbucks ini adalah satu peluang keemasan untuk anda dapatkan merchandise mereka dengan harga yang lebih murah.

Advertisement

Ada tumbler, botol minuman dan cawan kaca semuanya dengan design yang menarik! Anda juga boleh customize tumbler dan cawan di booth yang disediakan bermula jam 2pm hingga 6pm.

Walaupun Starbucks tidak mengumumkan merchandise apa yang akan dilelongkan tapi mungkin merchandise ini ada dalam senarai. Who knows, right?

 

Kredit: mystarbucks

 

Kredit: mystarbucks

Jadi jumpa di The Starling Mall Damansara Uptown hujung minggu ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.