Jualan Menurun, Apple Akan Kurangkan Harga Iphone Di Beberapa Buah Negara

Trending

Jualan Menurun, Apple Akan Kurangkan Harga Iphone Di Beberapa Buah Negara

Tidak dinafikan sesetengah masyarakat merasa kagum dengan mereka yang memiliki telefon pintar iPhone. Mesti kaya kerana harganya mencecah ribuan ringgit.

Advertisement

Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan pihak Apple akan mengurangkan harga iPhone di beberapa pasaran antarabangsa berikutan kemerosotan penjualan telefon pintar itu.

Antara punca iPhone kurang mendapat sambutan adalah kerana faktor penukaran wang serta nilai Dollar yang tinggi, ekonomi di negara China yang mula perlahan serta harganya lebih mahal berbanding jenama telefon pintar lain  yang murah dengan spesifikasi lebih gempak.

Untuk pasaran Malaysia, harga Iphone XS antara yang termahal apabila ia mula dijual bermula dengan harga RM 4,999 sehingga RM7,049. Memang fikir beratus kali kalau hendak beli kan?

Apple tidak mengatakan di negara mana ia akan melaksanakan penyesuaian harga iPhone dan berapa pula harga baru yang bakal ditawarkan.


Kepada anda yang mungkin sedang teruja untuk memiliki sebuah iPhone baru, adalah lebih baik untuk ada bersabar sedikit dan siapa tahu selepas ini ia akan jauh lebih murah. Baru lah berbaloi kalau hendak beli.

Sumber Berita : BH ONLINE & REUTERS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...