Tahu tak apa sebenarnya yang merunsingkan hati dan hari-hari para wanita ini? Kerja rumah yang banyak? Bos asyik ‘menyinga’ di tempat kerja? Kawan-kawan buat perangai? Semuanya salah! Jawapan paling tepat ialah barangan kecantikan yang disogok dengan harga cekik darah. Nak manjakan diri bukanlah sesuatu perkara yang picisan tahu, kalau kira balik nilai wang yang dilaburkan oleh para wanita supaya sentiasa tampil cantik, mesti dah boleh beli kereta satu!
Nampak gaya laman kecantikan atas talian popular iaitu Hermo sepertinya telah mendengar keluh kesah anda sebab mereka bakal mengadakan Jualan Mega Pertengahan Tahun Hermo bermula daripada 20 sehingga 22 Julai ini. Sempena kita semua berjaya mengharungi tahun 2020 sehingga melepasi separuh daripadanya, Hermo berbesar hati untuk membuka pintu Jualan Mega Pertengahan Tahun Hermo buat semua wanita yang mengimpikan kecantikan abadi tanpa perlu mengosongkan akaun bank.
Bayangkan anda boleh memiliki pelbagai barangan penjagaan diri daripada berbagai jenama dengan diskaun sehingga 90% dan ada juga produk yang boleh dibeli di bawah harga RM9.90. Wow! Bukan itu sahaja, ada pula potongan harga untuk pelanggan awal dan tambahan diskaun lagi serta pemberian baucar. Tak cukup dengan itu, anda ditawarkan dengan kemudahan untuk kembali ke sekolah dan highlight produk istimewa daripada banyak jenama popular. Siap ada hadiah percuma lagi tahu. Tak sabarnya nak shopping!
Promo 1: Rebut diskaun 10% ekstra!
Mudah sahaja untuk beli produk penjagaan diri anda dengan harga yang dikurangkan sebanyak ekstra 10%. Pastikan anda berbelanja sebanyak RM130 di seluruh stor dan dengan senangnya anda boleh menikmati tawaran hebat ini. Bersiap sedia bermula 20 Julai ini dan anda kena bergerak sepantas kilat kerana promosi ini hanya diberikan kepada 100 pelanggan terawal sahaja (satu tebusan bagi setiap pelanggan).
Promo 2: HADIAH PERCUMA setiap hari!
Bagi promosi ini, banyak hadiah yang ditawarkan untuk pelanggan Hermo namun anda kena peka kerana ia hanya berlangsung dalam masa yang singkat sahaja. Cepat!
Istimewa untuk pelanggan awal – Anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM79 di seluruh laman web pada 20 Julai untuk memastikan K- Beauty Box yang bernilai RM79 jatuh ke tangan anda secara percuma sahaja.
Rebut hadiah percuma ketika Happy Hour – Shopping sakan sehingga lebih daripada RM119 produk daripada jenama Curel, Sexylook, Hiruscar di seluruh laman web pada 20 Julai untuk membolehkan anda menerima 3 hadiah tambahan. Syok kan?
Hadiah percuma setiap hari! – Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan hadiah istimewa daripada Innisfree, ZA, Biore, L’Oreal Paris, Love Beauty & Planet & Daeng Gi Meo Ri apabila anda berbelanja ketika Jualan Mega Pertengahan Tahun Hermo yang berlangsung daripada 21 dan 22 Julai ini!
Promo 3: Produk kecantikan di bawah RM9.90!
Selalunya apabila beli produk kecantikan, tak kurang mesti kena keluarkan duit kertas warna ungu. Tapi bayangkan dunia di mana anda hanya perlu hulurkan mata wang warna merah untuk memiliki banyak produk berjenama. Mimpi jadi kenyataan! Kerana anda boleh beli produk pada harga di bawah RM9.90 ketika promosi ini. Nah! Pilih sahaja daripada senarai ini:
- Lifebuoy Total 10 Hand Sanitizer
- Carefree Ultra Thin Unscented
- Benton Aloe Soothing Mask Pack
- Johnson’s Baby Shampoo
- Simple Cleansing Facial Wipes
- Silcot Uru Uru Puff
- Mirae 8 Minutes Cushion Mask
- JM Solution Water Luminous Golden Cocoon Mask Black
- Yadah Cactus Hand Cleaner
Promo 4: Keperluan Kembali-ke-Sekolah
Lebih 3 bulan menjalani norma baru di rumah, dah tiba masanya anda aplikasikan gaya hidup yang berlainan daripada selalunya apabila pulang ke sekolah dan juga tempat kerja nanti. Sebab itulah, anda patut gunakan peluang keemasan daripada Hermo ini untuk membeli stok hand sanitizer dan produk pembersih yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja.
Promo 5: Jimat ekstra daripada jenama kegemaran anda!
Biasa berbelanja banyak untuk dapatkan produk kecantikan daripada jenama ‘fave’ anda? Kini tidak lagi apabila Hermo membuka peluang kepada anda untuk memiliki produk daripada jenama L’oreal, Eucerin, Nivea, Ryo, Mise En Scene, Etude House, Unilever, Johnson & Johnson, Cetaphil, Uriage, Kate Tokyo, Bourjois, Max Factor, Mirae, Sexylook, Beauty Formulas dan Hakubi dengan potongan harga ekstra sehingga 20%!
L’ Oreal Paris, Maybelline, NYX, Garnier | Belanja lebih RM60 untuk dapatkan diskaun 10%*
Eucerin | Diskaun RM15 ekstra* dengan belian lebih RM100 bagi seluruh jenama
Ryo | Beli lebih RM40 dan dapatkan diskaun 5% ekstra
Cetaphil | Tambahan diskaun 10% apabila berbelanja RM70 ke atas
Bourjois | RM5 potongan dengan belian lebih RM60
Promo 6: Spotlight Jenama Harian – Membawa TAWARAN TERBAIK SAHAJA buat anda!
Tutup mulut daripada menganga kerana anda tidak salah mendengarnya! Miliki barangan kecantikan daripada jenama kegemaran anda dengan tawaran yang hebat.
Innisfree | 15% potongan bagi seluruh stor + Ekstra 10 hadiah
Laneige | Diskaun sehingga 50% + Hadiah percuma
Etude House | Diskaun sehingga 20% + Ekstra 10% potongan
Klairs | Harga serendah RM13.50 + Hadiah
Cosrx & Pyunkang Yul | Sehingga 60% potongan bagi seluruh jenama
Promo 7: Jenama yang turut serta
Untuk menikmati semua promosi hebat yang ditawarkan oleh Hermo ini, anda boleh usya barangan daripada jenama seperti L’Oreal Paris, Maybelline, NYX, Garnier ,Innisfree, Laneige, Mamonde, Etude House, Ryo, Mise En Scene, Klairs, Cosrx, Eucerin, Nivea, Pyunkang Yul, Mirae, Kose, JM Solution, AHC, Dr.Morita ????, Naruko, Benefit Cosmetics, Yadah, Biore, Kao MegRhythm, W.Dressroom, Elizabeth Arden, Shiseido Ginza Tokyo, Laduree, Paul & Joe, Pony Effect, Anna Sui, Neutrogena, Thayers, Chriszen, By Wishtrend, Kafen, Johnson’s Baby, The Face Shop, Rimmel, Senka, B.liv dan My Scheming.
Bersiap sedia daripada sekarang supaya anda tidak terlepas peluang yang datang hanya setahun sekali ini, dapatkan maklumat lanjut menerusi laman web Hermo Malaysia #HERMOMY, Instagram dan juga Facebook!
Selamat membeli-belah dengan sakan sempena Jualan Mega Pertengahan Tahun Hermo!