Perniagaan online sudah cukup sebati dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Tak kisah pembelian menerusi aplikasi mahupun secara langsung daripada penjual itu.
Namun, ada kalanya suatu perniagaan mempunyai ramai pelanggan atau sebaliknya dan sudah pasti akan timbul rasa sedikit kekecewaan kepada peniaga-peniaga online sekiranya jualan mereka tidak laku.
Seorang lelaki berkongsi kisah di akaun Tiktok miliknya dimana dia cuba untuk menggembirakan ibunya yang baru memulakan perniagaan secara online tetapi tidak mempunyai pelanggan.
Timbul rasa kasihan terhadap ibunya kerana kekurangan pelanggan dan akhirnya dia membeli rojak kuah kacang yang dijual oleh ibunya menerusi satu aplikasi.
Lelaki ini membuat pesanan ringkas kepada penghantar makanan memberitahu makanan tersebut diberikan kepadanya dan tidak menyuruh untuk memberitahu ibunya tentang hal itu.
Dia juga menjelaskan bahawa makanan itu ialah jualan ibunya dan dia hanya mahu melihat ibunya gembira kerana ada pelanggan yang membeli makanannya tapi sebenarnya pelanggan itu anaknya sendiri.
Video yang meraih 1.4 juta tontonan di Tiktok itu cukup membuat perasaan netizen terharu dan sedih dengan perkongsian lelaki ini.
Semoga lelaki ini sentiasa dimurahkan rezeki kerana berusaha untuk membahagiakan ibunya.