“Jualan Baru RM75 Kena Saman RM300” – Kisah Penjual Air Ini Tarik Perhatian MB Selangor

Trending

“Jualan Baru RM75 Kena Saman RM300” – Kisah Penjual Air Ini Tarik Perhatian MB Selangor

Umum mengetahui, mengambil keputusan untuk berniaga atau menjaja di tepi jalan tanpa lesen sememangnya berisiko disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut sebuah perkongsian di laman Twitter, seorang lelaki tampil mendedahkan kisah yang menipa rakannya selepas bertindak meniaga air botol di salah sebuah kawasan di Selangor.

Advertisement

Katanya, individu terbabit baru sahaja menjual lima botol air berharga RM75 sebelum didatangi penguatkuasa MBSA dan dikenakan saman RM300.

https://twitter.com/iszlqrn/status/1314918464323112960?s=21

Perkongsian kisah mereka itu kemudiannya mendapat lebih 34,000 tanda suka daripada warganet yang rata-ratanya tidak lekang menzahirkan kata-kata semangat buat rakannya itu.

Bagaimanapun apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila Menteri Besar Selangor sendiri tampil melihat tweet tersebut dan memberikan respon.

Advertisement

Lebih mengujakan, respon yang diberikan bukanlah hanya sekadar kata-kata semangat, namun Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan beliau telah mengambil perhatian mengenai perkara itu dan akan berjanji untuk membantu mereka berniaga selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...