August 7th, 2012

Sebentar tadi Abang Nara telah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Arteffects International. Di samping menikmati juadah berbuka, Abang Nara gembira apabila mendengar jualan album Zikir Terapi Diri daripada Hafiz Hamidun sudah pun mencecah 46 ribu unit. Itu satu angka yang sangat memberangsangkan.

zikir terapi diri hafiz hamidun

Di kala kebanyakan artis berkeluh kesah menyatakan jualan album sangat lesu, nampaknya Hafiz Hamidun membuktikan yang rakyat Malaysia masih gemar membeli sekiranya album tersebut kena dengan jiwa mereka. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Hafiz Hamidun atas kejayaan ini. Kalau anda berminat untuk membeli album Zikir Terapi Diri ini, boleh dapatkannya di kedai muzik dan kedai buku berhampiran anda. Kalau tak silap, album ini turut dijual di iTunes Malaysia.


19 responses to “Jualan Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun Cecah 46 Ribu Unit”

  1. anje says:

    Anje da beli zikir terapi hafiz hamidun. mmg best n layannnn

  2. miss ulat buku says:

    lps bace entry nie.terus crik kt youtube…mmg best…lunak suare..sesedap hati mendengar..congrat hafiz..wajib beli…jom kawan2 kite beli…x rugii..blh ilangkan stress time2 sangkut jem…

Loading...