Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi kenyataan mengenai penularan berita palsu dimana mereka menjalinkan kerjasama bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.
Menerusi hantaran di laman Instagram, pihak KKM menafikan dakwaan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama mereka untuk menjual produk stokin kesihatan.
Difahamkan, individu tersebut telah mendakwa stokin itu mampu melindungi dan meningkatkan kesihatan.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, pengeluaran produk itu turut mendakwa pihak KKM berjanji untuk memulangkan semula wang ringgit sekiranya produk itu tidak berkesan.
Malah, kenyataan produk tersebut telah mengundang kekeliruan dalam kalangan pengguna kerana pihak KKM tidak pernah memperakukan produk itu.
Tindakan akan diambil dibawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pihak KKM menasihati orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran produk-produk seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.