Jual Sandwich Dan Nasi Berlauk Melalui ‘Vending Machine’ IPR, Wanita Jana Pendapatan Sehingga RM21K Sebulan!

Kehidupan

Jual Sandwich Dan Nasi Berlauk Melalui ‘Vending Machine’ IPR, Wanita Jana Pendapatan Sehingga RM21K Sebulan!

Dalam keadaan harga barangan dan ekonomi yang tidak stabil kini, ramai di antara kita berusaha untuk mencari pendapatan sampingan dalam menyara kehidupan.

Tidak hairanlah jika ada yang terpaksa melakukan dua hingga tiga pekerjaan demi menyara kehidupan dan keluarga. Mengambil maklum akan permintaan rakyat, kerajaan sebelum ini telah melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan B40.

Advertisement

Seperti satu perkongsian di Facebook ini yang menunjukkan seorang wanita giat menjalankan perniagaan menggunakan mesin layan diri.

Dalam video tersebut, wanita bernama Wan Asikin itu menyatakan dia terlibat dalam perniagaan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN).

Apabila ditanya tentang pendapatan dari perniagaan itu, beliau menyatakan bahawa hasilnya boleh mencecah RM13,000 hingga RM21,000 sebulan, dengan pendapatan bersih antara RM7,000 hingga RM8,000.

Dia menjual pelbagai jenis minuman tin dan makanan seperti sandwich dan nasi berlauk.

Sebelum ini saya meniaga kuih seperti karipap dan popia mini secara atas talian. Ada juga mengambil tempahan tetapi waktu itu hanya meraih pendapatan antara RM300 hingga RM500 sebulan sahaja.

Saya ada empat orang anak, semuanya lelaki. Mesin layan diri ini sangat bagus untuk saya yang berpendapatan B40. Memang banyak membantu. Lokasi mesin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di Machang ini juga bagus.

Pelajar tidak perlu lagi keluar jauh untuk mendapatkan makanan. Mereka boleh turun sahaja daripada bilik dan beli secara terus makanan dalam kuantiti yang banyak, mengenyangkan serta murah melalui mesin ini.

Inisiatif yang sangat baik oleh kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan bagi memacu ekonomi negara!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

vida belanja 500k untuk hantar cik b belajar di Barcelona
21 hours ago

Belanja RM500K Sebulan Untuk Biaya Pelajaran Cik B, DS Vida Tak Kisah Habiskan Banyak Wang - "Apa Yang Penting 'Result' Kena Cemerlang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...