Jual Roti Canai Harga Murah, Kemuliaan Pasangan Korban Sungai Korok Berniaga Dipuji Ramai – “Arwah Kata Niaga Untuk Teruskan Hidup..”

Kehidupan

Jual Roti Canai Harga Murah, Kemuliaan Pasangan Korban Sungai Korok Berniaga Dipuji Ramai – “Arwah Kata Niaga Untuk Teruskan Hidup..”

Difahamkan, pasangan yang ditemukan lemas bersama empat orang anak mereka di Sungai Korok, Jitra, Kedah mempunyai kemahiran menebar serta membuat roti canai yang sedap.

Susulan mempunyai kemahiran tersebut, pasangan berkenaan mempunyai bisnes bersama, di mana gerainya dikenali sebagai Nuruzem Roti Canai dan ia merupakan gerai yang sering menjadi tumpuan pelanggan di Alor Setar.

Advertisement

Puji roti canai sedap & harga murah

Perkara tersebut dimuat naik oleh seorang individu di TikTok pada April lalu dan kebanyakan pelanggan memuji roti canai buatan arwah.

Bukan sekadar sedap saja, malah harga roti canai yang murah juga merupakan faktor gerai arwah menjadi tumpuan, di mana sekeping dijual dengan harga RM1.20.

Pelanggan kami banyak staf dan orang ramai yang ke hospital. Jadi kami jual pun tak mahal. Lagi pun sewa sini murah. Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.

Netizen luah rasa sayu, mulianya hati arwah..

Disebabkan berita pasangan tersebut terkorban, warganet yang baru melihat video berkenaan meluahkan rasa sayu dan tersentuh melihat kemuliaan hati kedua-dua arwah itu.

komen

Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan berita penemuan enam beranak yang ditemui lemas selepas difahamkan kereta yang dinaiki terbabas dan tenggelam ke dalam sungai.

menangis keluarga
2 days ago

(VIDEO) Suasana Hiba Menyelubungi, Keluarga Menangis Saat Mayat Diangkat Satu Persatu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...