Itulah yang terjadi kepada seorang pemandu pelancong yang sering kali membawa pelancong baik dalam dan luar negara meneroka Gunung Stong, Gunung Ayam dan kompleks Gua Ikan di Dabong ketika dulu.
Tidak mahu terus terkesan, Nik Ali Nik Muhamad kini beralih pekerjaan dari pemandu pelancong kepada pemanjat petai.
Kali ini, pemuda ini sekali lagi mendapat perhatian dek usahanya menjual dengan cara mengiklankan di media sosial. Menariknya, dia juga menawarkan penghantaran secara online!
Dia berjaya memetik 400 hingga 700 papan petai daripada sebatang pokok yang dipanjat dalam kawasan hutan dan kebun di Dabong. Hebat!
“Kita nak hidup, berniaga tepi jalan orang tak datang, nak hantar petai ke luar daerah tak boleh, jadi kita guna dalam talian sahaja”
“Sekali buat penghantaran, 500 papan petai, rata-rata yang mahukan petai dari Dabong”
Malahan, ujar Nik Ali, penghantaran terpaksa dijarakkan kepada empat kali seminggu disebabkan kehabisan stok di pokok.
Terbaik pemuda ini, semoga apa yang diusahakan rakyat Malaysia dalam mencari rezeki ketika pandemik ini dipermudahkan ya. Sama-samalah kita bantu sesama peniaga.