Penyanyi dan juga usahawan, Fynn Jamal meluahkan rasa berang dengan sikap individu yang bertindak menjual kembali niqab jenama miliknya dengan harga yang tidak masuk akal.
Perkara tersebut dikongsikan Fynn menerusi sebuah hantaran Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Kata Fynn harga asal niqab tersebut hanyalah RM59 namun dijual kembali dengan harga setinggi RM873.
View this post on Instagram
“Kot ye pun, kalis api neraka ke niqab ini? siap boleh installment 6 kali.” tulisnya di ruangan kapsyen foto tersebut.
Jelas penyanyi lagu Arjuna Beta ini lagi, perkara tersebut perlu diambil tindakan tegas dan dia ada berhasrat untuk menambah koleksi yang sama supaya tiada pembeli yang akan tertipu dengan iklan palsu tersebut.
Jadilah seorang pembeli yang bijak ya!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.