Jual Murah Dengan Niat Untuk Bersedekah, DJ Lin Tak Tidur Malam Siapkan Tempahan Sambal Kicap

Hiburan

Jual Murah Dengan Niat Untuk Bersedekah, DJ Lin Tak Tidur Malam Siapkan Tempahan Sambal Kicap

Penyampai radio bersuara lunak, DJ Lin yang kini masih bertugas di Suria FM dilaporkan tetap gigih menyiapkan tempahan sambal kicap meskipun berasa penat lelah dan tidak cukup tidur.

Roslinda Abdul Majid ataupun lebih mesra disapa DJ Lin,45, ketika ditemui mStar online berkata dia langsung tidak memikirkan soal keuntungan kerana sering menerima maklum balas yang memberansangkan daripada pembeli yang rata-rata peminatnya.
Dia yang berharap peminat di luar sana dapat merasa air tangannya dalam penghasilan sambal kicap tersebut, DJ Lin mengakui sering menerima mesej daripada orang ramai yang bertanyakan keadaannya yang kini bertugas sebagai penyampai radio di samping berniaga.

Advertisement

Namun, dia merasa teruja dan tidak merasakan perasaan letih atau penat kerana gembira melihat respon daripada peminat yang membeli sambal kicapnya.

“Sebenarnya hilang penat lelah bila peminat memesan semula (repeat order) sambal kicap walaupun baru pertama kali beli. Saya tak fikir langsung mengenai keuntungan walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah mahal dan berkualiti,”

Baginya, mendapat maklum balas positi daripada pembeli merupakan satu kepuasan buat dirinya. DJ Lin juga hanya berniat untuk bersedekah walaupun dia menjual produk buatannya itu lebih murah daripada harga di pasaran. Menurutnya lagi, ianya merupakan salah satu cara untuk dirinya mencari saham akhirat.
Dia yang mula berkecimpung dalam perniagaan sambal kicap itu sejak minggu lalu mengatakan turut juga merasa penat kerana hanya dapat tidur selama beberapa jam. Namun, demi pemina, dia sanggup berpenat lelah kerana tidak sanggup menolak permintaan daripada mereka.

“Sejak mula berniaga pada minggu lalu, saya hanya dapat tidur selama beberapa jam sahaja. Selalunya, balik dari bersiaran di radio, saya terus masak sambal kicap sehingga ada hari sehingga ke waktu subuh untuk siapkan semuanya. Tapi, demi peminat, saya sanggup.Susah nak tolak permintaan peminat, saya jual pun atas permintaan mereka,” – DJ Lin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...