Jual Mercun Di Facebook, Dapat ‘Order’ Daripada Ketua Polis Muar Sendiri

Trending

Jual Mercun Di Facebook, Dapat ‘Order’ Daripada Ketua Polis Muar Sendiri

SETIAP kali menjelang musim perayaan pastinya akan kedengaran ada tragedi individu cedera bermain mercun. Mercun bukan sahaja menyebabkan kecederaan kecil tetapi mampu mengakibatkan kecederaan kekal dan lebih menyedihkan sehingga ada yang mengorbankan nyawa.

Tahun ini juga terdapat satu kes di mana soerang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa cedera akibat letupan mercun bola di rumahnya di Besut, Terengganu.

Advertisement

Walaupun mengetahui bahayanya mercun dan ia adalah merupakan satu kesalahan besar bagi sesiapa yang memiliki atau menjual mercun, namun masih ada individu yang tidak bertanggungjawab menjualnya setiap tahun.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang individu membuat penjualan mercun dan bunga api di laman Facebooknya dan berkongsi ke Grup Facebook Anak-Anak Muar.

sumber: FB Anak-Anak Muar

Ketua Polis ‘order’ mercun

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip yang membalas di ruangan komen dengan membuat tempahan untuk mercun berkenaan.

Sumber: FB Anak-Anak Muar

Netizen berpendapat tujuan Ketua Polis ini memberi komen dengan membuat pesanan mercun di hantaran tersebut, adalah sebagai satu peringatan kepada orang ramai bahawa menjual mercun merupakan satu kesalahan besar dan boleh dijatuhi hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Sebagai rekod, mengikut undang-undang di Malaysia sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207). Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bermain dan membakar mercun serta bunga api yang dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Namun terdapat pengecualian terhadap dua jenis mercun dan bunga api jens Pop Pop dan Happy Boom sahaja yang dibenarkan untuk dimainkan di Malaysia.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...