Jual Makanan Tak Laku, Shima Tak Terasa Hati

Hiburan

Jual Makanan Tak Laku, Shima Tak Terasa Hati

Penyanyi Shima mengakui dirinya tidak terasa hati berikutan perniagaan makanan yang diusahakannya mendapat sambutan yang dingin dalam kalangan pengguna media sosial.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, dia tidak boleh memaksa orang untuk membeli makanan yang dipasarkan olehnya di atas talian dan memahami netizen hanya menyokong artis popular masa kini.

Advertisement
ShimaSumber : Google  

Tambah penyanyi lagu Teringin ini lagi, mereka yang pernah membuat tempahan makanan dengannya tahu akan kualiti dan tahap kesedapan masakan yang dibuat daripada air tangannya.

Mereka yang buat tempahan daripada saya pasti tak menyesal. Mereka tahu hasil air tangan saya memuaskan hati. Ini kerana saya hanya beli barang yang berkualiti untuk pembeli.  Bagaimana saya memasak untuk suami, begitulah juga saya buat untuk mereka.

Mengakui dia sudah lama tidak menerima tempahan daripada pelanggan, Shima memaklumkan bahawa dia merancang untuk memulakan perniagaan kek, biskut dan gubahan hasil air tangan serta kerja tangan pula nanti.

Terdahulu, Shima mengusahakan perniagaan makanan ala barat berupa creamy Australian Lamb Shank serta kentang lenyek yang dipasarkan dengan harga RM90 setiap set.

Shima lamb shankSumber : Google  

Ujarnya lagi, bakat memasak masakan ala barat itu diperolehi sepanjang bergelar isteri kepada dua orang lelaki warga Australian dan Kanada sebelum ini.

Shima dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan kepadanya semasa ditimpa musibah sebelum ini iaitu masalah slipped disc dan juga tragedi misteri.

Dia kini dikategorikan sebagai golongan asnaf oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor selepas menerima kunjungan mereka setikae bulan Julai 2019 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...