Baru-baru ini, tindakan seorang individu menghasilkan serta menjual keychain, baju dan pelekat ‘Justice For Zara’ telah mengundang rasa kurang senang daripada kalangan warganet.
Didakwa ambil kesempatan dengan kes kematian Zara
Dapat dilihat melalui platform TikTok, seorang pengguna telah menegur peniaga tersebut kerana seakan-akan mengambil kesempatan dan persoalkan jika dia sudah mendapatkan keizinan waris Allahyarham Zara Qairina.
Benda macam ni pun boleh ambil kesempatan untuk berniaga. Pandai buat duit untuk Zara.
@gift_printingsabahanIkhlas dari Gift Printing🥹
Tidak mendiamkan diri, peniaga tersebut tampil menjelaskan dirinya sudah pun mendapatkan kebenaran daripada ibu arwah Zara iaitu Noraidah Lamat.
Mula-mula edar secara percuma tapi..
Pada mulanya, dia mengedarkan keychain tersebut diedarkan secara percuma semasa himpunan solidariti Zara di Beaufort, Sabah yang dijadualkan pada 16 Ogos nanti.
Kemudian kawan-kawan yang jauh mahu juga, sanggup beli. Jadi aku jual harga seadanya. RM2.50 saja ku jual. Harga modal saja. Lillahitaala tiada niat ambil kesempatan atau ambil untung.