“Jual Harga Gini, Nak Tutup Periuk Nasi Orang Lain Ke?” – Kena Tegur Jual Nasi Bajet, Reaksi Peniaga Ini Raih Pujian

Kehidupan

“Jual Harga Gini, Nak Tutup Periuk Nasi Orang Lain Ke?” – Kena Tegur Jual Nasi Bajet, Reaksi Peniaga Ini Raih Pujian

Kalau dah namanya bisnes, sudah tentulah akan ada persaingan, turun dan jatuh namun apa yang pasti ia akan memanfaatkan pelanggan masing-masing.

Namun, sebagai business owner elakkanlah daripada bergaduh atau menimbulkan krisis dengan peniaga yang lain hanya kerana mempunyai perniagaan yang sama.

Advertisement

 

Mula mula tanya tentang makanan

Itu yang berlaku kepada seorang peniaga baru-baru ini yang berkongsi pengalamannya berdepan dengan seorang pelanggannya di gerai yang dibuka di Kota Damansara.

Menurut Shima yang berniaga nasi bajet itu, pelanggan tersebut datang dan bertanya tentang harga serta cara dia menyediakan makanan berkenaan.

nasi bajet

 

Jangan tutup periuk nasi peniaga lain

Namun, makin lama soalannya ke arah lain pula apabila dia menegur Shima kerana menjual makanan dengan harga murah dan berkata ia akan membuatkan peniaga nasi yang lain tidak laku.

Awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke? Kalau awak jual harga gini, macam mana peniaga lain nak hidup?

 

Mesti orang beli dekat awak sebab murah. Awak kena naikkan harga jadi RM4.50, kena selarikan nasi rahmah.

Sementara itu, ramai netizen memuji Shima kerana tidak melantun apabila menerima kritikan begitu dan turut mendoakannya dimurahkan rezeki.

Ada yang memberikan Shima kata-kata semangat untuk teruskan perniagaan kerana ia sangat membantu ramai orang dalam keadaan ekonomi sekarang.

burger
11 months ago

(VIDEO) "Melingkup La Kedai Kau" - Tular Mat Saleh Kena 'Ketuk' Harga Burger Biasa RM10 Dengan Peniaga Bukit Bintang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...