Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang sebuah video yang tular di aplikasi TikTok dan Twitter membabitkan produk ‘sunblock’ atau ‘sunscreen’.
Menerusi video seorang wanita dipercayai founder, dia mempromosikan sejenis minuman yang didakwa merupakan ‘drinkable sunblock’.
Katanya, pengguna tidak perlu lagi memakai krim ‘sunscreen’ jika mereka minum produk tersebut.
Something about “drinkable” sunscreen doesn’t sound like a kidney friendly thing. ? pic.twitter.com/uw5MBeGcSY
— mieka (@m_iekks) July 30, 2022
Kewujudan produk tersebut menimbulkan pelbagai respon daripada netizen di mana rata-ratanya mengkritik tentang ‘drinkable sunblock’ itu.
Malah, beberapa orang doktor juga dilihat turut memberi respon masing-masing tentang minuman itu menerusi TikTok.
Meskipun menerima kritikan hebat, wanita itu tetap cuba ‘mengajar’ netizen tentang kebaikan produk tersebut termasuklah dengan menunjukkan bahan-bahan yang digunakan.
Namun, dia diperli semula kerana dikatakan keliru dengan bahan antioksidan di mana ia lebih berfungsi sebagai ‘whitening product’ bukannya ‘sunblock’.
Wanita tersebut mendakwa kulitnya tidak ‘sunburn’ dan cerah seperti biasa selepas mengamalkan minuman tersebut. Tetapi kata netizen pula, ia bukan kerana produk terbabit berkesan sebagai ‘sunblock’ tetapi sebenarnya kulit wanita itu menjadi cerah disebabkan bahannya sama seperti ‘whitening product’.
Selain itu, ramai turut terkejut dengan kandungan gula di dalam produk minuman tersebut. Kata mereka, produk itu bukan hanya tidak akan lindungi kulit daripada sinaran UV tetapi juga akan merosakkan buah pinggang.
Jual gula ke jual sunscreen?”
Ni bukan bahan untuk sunblock tapi bahan untuk whitening product,” kata seorang wanita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.