Jual Gincu Di TikTok, Netizen Puji Ira Kazar Mula Giat Cari Rezeki Setelah Diceraikan

Kehidupan

Jual Gincu Di TikTok, Netizen Puji Ira Kazar Mula Giat Cari Rezeki Setelah Diceraikan

Bekas isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat sudah kembali aktif di media sosial bagi mempromosikan produk.

Dia dilihat meneruskan kehidupannya seperti biasa meskipun mengalami kegagalan rumah tangga.

Advertisement

Terbaru, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat mempromosikan produk kosmetik gincu.

Anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi mengenakan bibirnya dengan beberapa warna gincu yang berlainan dan merah menyala.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai peminat memuji kecantikan Ira dan mengagumi ketabahannya dalam menempuh dugaan hidup.

Lupakan kisah sedih, bangkit dan mulakan hidup baru. Kerja cari duit.

Walaupun dicemuh, dia pilih berdiam. Ini yang saya suka tentang dia. Lagi dicemuh lagi dia diam dan tenang.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika masih bergelar suami isteri. Mereka berdua sah bercerai pada 5 September 2024 setelah hampir dua tahun berkahwin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ibu syamsul yusof mengalir air mata
2 weeks ago

"Sejujurnya, Mengalir Air Mataku.." - Datin Patimah Sedih Kenang Syamsul Yusof Harung Takdir Seorang Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...