Jual Coli ‘Preloved’ Harga RM5,800, Zarina Anjoulie Tak Kisah Kena Kecam – “Aku Cari Duit, Bukan Cari Kawan”

Hiburan

Jual Coli ‘Preloved’ Harga RM5,800, Zarina Anjoulie Tak Kisah Kena Kecam – “Aku Cari Duit, Bukan Cari Kawan”

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mengumumkan penjualan pakaian dalam miliknya menerusi kaedah bidaan di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, memaklumkan terdapat pasangan suami isteri yang sanggup membida barangan tersebut pada harga RM4,200.

Advertisement

Zarina Anjoulie

“Pasangan suami isteri membida baju dalam pada harga RM4,200. Ada tawaran lebih tinggi tak? Jomlah,” tulisnya.

Bagaimanapun, bidaan itu tidak terhenti di situ apabila pakaian dalam berkenaan akhirnya berjaya dilelong pada harga tertinggi RM5,800.

Zarina memilih untuk menjaga privasi pembeli dengan tidak mendedahkan identiti atau wajah individu terlibat, sebaliknya hanya berkongsi bukti bayaran menerusi perbualan di WhatsApp.

Menurutnya, pakaian dalam yang dijual merupakan barangan preloved dan akan diberikan kepada pembida tertinggi.

Baju dalam berjenama saya (preloved) untuk dijual. Akan dijual kepada pembida tertinggi. Harga permulaan RM1,588 akan diumumkan esok. Ini memang akan jadi menyeronokkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Anak Pontianak tersebut turut mempertahankan tindakannya dan menegaskan kehadirannya di media sosial adalah atas dasar perniagaan.

“Tolong faham satu perkara, saya berada di media sosial untuk buat duit, bukan untuk cari kawan. Jadi saya tak perlu datang sini untuk cari pengesahan daripada sesiapa.”

“Kalau tak suka cara saya, tak mengapa sebab ia tak menjejaskan baki akaun bank saya,” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Amira Othman
2026-01-17 16:44:25

"Mereka Kena Cari Saya Di Padang Mahsyar.." - Amira Othman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...