Jual Burger Dalam Hujan, Azad Jasmin Seru Orang Ramai Bantu Remaja Lelaki

Hiburan

Jual Burger Dalam Hujan, Azad Jasmin Seru Orang Ramai Bantu Remaja Lelaki

Baru-baru ini, pelakon Azad Jasmin terjumpa dengan seorang lelaki yang sedang menjual burger ketika hujan lebat di kawasan Shah Alam dan meminta orang ramai untuk membantunya.

Azad Jasmine Eira Syazira
3 years ago

Tunai Impian Isteri, Azad Jasmin Hadiahkan Eira Syazira Rumah, Siap Dengan Mini Surau!

Advertisement

Menurut Azad atau lebih mesra dipanggil Pak Azad berkata lelaki tersebut sangat cekal menjual burger ketika hujan lebat dan lelaki tersebut tidak minta sedekah wang ringgit namun hanya ingin menghabiskan penjualan burgernya sahaja.

Tolong la, sesiapa yang lalu kawasan Shah Alam.. Tolong la budak ni, dia tak minta duit. Dia cuma minta anda kalau terjumpa dia, beli lah burger dia nah. Anda bantu dia Allah SWT pasti bantu anda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pak Azad™? (@azadsyaziraroses)

Di dalam video hantaran yang dibuat oleh Pak Azad tersebut, terlihat lelaki berkopiah itu berdiri sambil memegang beg plastik berisi burger jualannya dengan baju yang sudah basah akibat hujan lebat.

Azad JasminSumber : Instagram Azad Jasmin  

 

Dalam pada masa yang sama, suami kepada pelakon Eira Syazira itu turut menitipkan doa buat penjual burger dan keluarganya tersebut agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...