Perhiasan emas tidak lagi dinafikan sentiasa menjadi rebutan orang ramai terutamanya kaum wanita.
Namun begitu, seseorang yang meminati atau sering membeli perhiasan emas tidak kiralah gelang, cincin, rantai atau apa sekalipun hendaklah mempunyai ilmu yang cukup dalam mengenali batu bernilai ini agar tidak mudah ditipu individu yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik mStar Online, pengurus kedai emas ini ada mengulas mengenai isu besi dalam perhiasan emas yang mungkin boleh membantu anda di luar sana sebagai persediaan membeli sebarang aksesori berasaskan emas nanti.
Ujar Muhd Fahmi selaku Pengurus Kedai Emas Faiz dari cawangan Perlis, video tersebut dibuat sebagai perkongsian pengalaman berurusan dengan pelanggan yang ingin menjual semula emas yang telah dibeli.
Dalam bangle memang ada spring besi untuk kuatkan gelang sebab emas 916 lembut,cumanya masih ramai yang tak tahu.
Bila mereka datang kedai, kami akan buka besi spring itu dan kira berat asal je, jadi di situ mereka akan kecewa sebab dah beli dengan harga yang agak tinggi.
Jelasnya lagi, banyak pembeli barang perhiasan emas tidak mengetahu urus niaga sebenar dan ramai yang tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Fahmi, ada penjual akan mengambil kesempatan untuk menjual gelang sebagai contoh berdasarkan berat keseluruhan gelang, bukannya berat emas pada gelang terbabit.
“Contoh barang kemas 5gm, spring besi 0.80gm, ikutkan kedai perlu kira berat lima gram sahaja, tapi mereka akan kira 5.80 gram, sekali dengan besi.” kata Faiz lagi.
Sehubungan dengan itu, Fahmi meminta pengguna yang ingin membeli emas perlulah mempunyai sedikit info mengenai jual beli untuk mengelakkan daripada ditipu.
Dia juga berharap perkongsian video yang dibuatnya itu dapat sedikit sebanyak membantu masyarakat untuk lebih peka dan mendalami dengan lebih lanjut mengenai ilmu berkaitan emas.