Jual Bahulu Dan Sate, Ayu Damit Akui Tak Peduli Digelar Artis Sendu

Hiburan

Jual Bahulu Dan Sate, Ayu Damit Akui Tak Peduli Digelar Artis Sendu

Mengakui dirinya langsung  tidak terkesan apabila digelar ‘artis sendu’ oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab khususnya netizen kerana jarang muncul di kaca televisyen, penyanyi Ayu Damit menegaskan  perkara itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya, malah seakan menjadi motivasi untuk terus berjaya.

Jual Bahulu Dan Sate, Ayu Damit Akui Tak Peduli Digelar Artis Sendu

Advertisement

Katanya, indidvidu yang sering bercakap buruk tentang orang lain dilihat tidak ke mana dan hala tuju dalam kehidupan.

“Saya tak pernah peduli pun sebab orang yang selalu bercakap buruk tentang orang lain tu, tak ke mana pun. Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga, lebih bermakna daripada melayan cakap-cakap kosong orang.”

Menurut Ayu, beliau kini seakan mampu menghembus nafas lega dan bersyukur kerana impiannya untuk membuka restoran tercapai dan mendapat sambutan orang ramai.

Jual Bahulu Dan Sate, Ayu Damit Akui Tak Peduli Digelar Artis Sendu

“Alhamdulillah, sejak Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa dibuka pada 12 Julai lalu, ia mendapat sambutan baik daripada pelanggan. Setiap hujung minggu pula pelanggan akan membuat tempahan untuk mengadakan majlis seperti majlis hari jadi dan ‘gathering’.”

Tambahnya lagi, rutin hariannya juga difahamkan telah berubah kerana mempunyai masa untuk tidur selama tiga jam sahaja setiap hari.

Jual Bahulu Dan Sate, Ayu Damit Akui Tak Peduli Digelar Artis Sendu

“Ya, rutin harian saya berubah. Awal pagi saya bangun untuk uruskan anak ke sekolah terlebih dulu. Lepas tu saya balik ke rumah memasak kuih bahulu Borneo untuk dihantar ke beberapa buah kedai.”

Sekadar informasi, Ayu, yang juga seorang peniaga dan pengusaha ladang cili yang uruskan suami merupakan juara program realiti “One in a Million” yang berjaya menewaskan dua pencabar terdekatnya, yang juga merupakan artis rakaman dan penyanyi professional iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin. Hasil kemenangan itu, Ayu berjaya meraih wang tunai berjumlah RM1 juta.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...