Zaman sekarang ini, tidak perlu susah-susah menggunakan ilmu pelaris untuk melariskan jualan. Jika anda menjual makanan sedap pada harga berpatutan, dan rupa anda menarik, pasti laris jualannya.
Inilah yang berlaku pada seorang lelaki yang menjual ayam percik di Bazar Ramadan Taman Budaya, Batu Pahat, Johor.
Menjual ayam percik pada harga RM 2.50 seketul, lelaki ini mendapat perhatian Netizen kerana bukan saja makanan yang dijualnya murah, wajahnya juga dianggap kacak bagai bintang K-pop.
Khabarnya, lelaki ini tidak meminta diviralkan, dia hanya mencari rezeki seperti manusia normal, namun sudah menjadi lumrah sesuatu yang cantik dan menarik pada pandangan mata akan mendapat perhatian.
Mungkin kerana cemburu, kebanyakan Netizen lelaki memberi komen negatif terhadap beliau. Namun begitu Netizen wanita memuji-muji kekacakan beliau. Ada juga yang memberi semangat untuk beliau meneruskan perniagaan bagi mencari rezeki yang halal.
Ada antara gadis-gadis tag kawan masing-masing mengajak ke bazar tersebut untuk melihat secara langsung yang empunya diri.
Bagi penulis, ayam yang dijual beliau memang murah. Di tempat penulis, ayam seperti itu dijual RM 5.00 seketul, okay? Disebabkan ayam yang dijual itu murah dan netizen juga mendakwa rasanya sedap, orang ramai sepatutnya menyokong usaha beliau.-amazingnara.com
Sumber: Viral Oh Viral