JSPT Pertimbang Cadangan Wajibkan ‘Dashcam’ Buat Semua Pengguna Jalan Raya

Berita

JSPT Pertimbang Cadangan Wajibkan ‘Dashcam’ Buat Semua Pengguna Jalan Raya

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan penggunaan kamera papan pemuka (dashcam) kepada semua pengguna jalan raya sebagai langkah memperkukuh aspek penguatkuasaan serta keselamatan trafik.

Menurut Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Trafik/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Mohd Rozi Jidin, buat masa ini dashcam masih dikategorikan sebagai aksesori dan belum diwajibkan. Perkara itu bagaimanapun dilihat wajar dinilai semula oleh pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Advertisement

JSP

“Sudah tiba masanya negara kita mungkin boleh menetapkan syarat atau kewajipan. Buat masa ini ia tidak wajib, lebih kepada aksesori, tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk kita mewajibkannya supaya semua pengguna jalan raya boleh menjadi mata pihak berkuasa, di mana kesalahan boleh dirakam dan dilaporkan,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Beliau menjelaskan, cadangan tersebut bertujuan membolehkan orang awam berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan rakaman kesalahan trafik yang berlaku di jalan raya.

Dashcam

Selain itu, JSPT turut merancang satu mekanisme pemberian merit atau insentif kepada individu yang aktif melaporkan kesalahan melalui rakaman dashcam. Antara cadangan yang sedang dipertimbangkan termasuk pemberian diskaun saman pada masa hadapan kepada pelapor yang konsisten menyalurkan maklumat.

“Ini masih dalam perancangan JSPT dalam konteks dashcam. Mungkin apabila tiba masanya untuk diskaun saman, mereka yang tidak melaporkan (kesalahan melalui dashcam) tidak akan mendapatnya, tetapi mereka yang berbuat demikian akan mendapat kelebihan,” katanya lagi.

Tambah beliau, pihak JSPT setakat ini menerima maklum balas positif daripada masyarakat yang menyokong usaha memperluaskan penggunaan dashcam sebagai salah satu medium membantu penguatkuasaan trafik. – AWANI

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-12 11:48:56

Pensyarah Kanan Didakwa Pengikut Freemason & Minum Arak, UM Mulakan Siasatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...