JSJ Menyamar Jadi Penghantar Makanan Sebelum Serbu Pusat Kasino Di Residensi Mewah

Kehidupan

JSJ Menyamar Jadi Penghantar Makanan Sebelum Serbu Pusat Kasino Di Residensi Mewah

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur terpaksa menyamar sebagai penghantar makanan bagi menyerbu satu unit residensi mewah di Jalan Pudu sekitar jam 2 petang. Menurut Berita Harian, unit kediaman itu sedang rancak menjalankan aktiviti perjudian kasino.

Selepas menerima maklumat daripada orang awam dan melakukan risikan sejak beberapa hari lalu, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ berjaya melakukan serbuan di unit itu.

Advertisement

Setelah menerima maklumat, polis terpaksa menyamar sebagai penghantar makanan GrabFood untuk ke kediaman suspek bagi memastikan suspek membuka pintu rumah supaya memudahkan serbuan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan telah mendapati seramai 13 individu termasuk dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga Perancis berada di dalam kediaman berkenaan”.

“Ketika serbuan dilakukan, ada juga beberapa pemain yang sedang leka bertaruh kasino di dalam sebuah bilik dan ruang tamu kediaman tersebut”.

Timbalan Ketua JSJ, Kuala Lumpur, berkata demikian ketika serbuan tersebut.

Siasatan awal turut mendapati aktiviti perjudian di unit kediaman yang berada di tingkat ke-34 berkenaan akan beroperasi setiap hari bermula pada jam 2 petang sehingga jam 7 pagi semasa Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Pemain turut terdiri daripada kalangan individu yang rapat dengan penganjur dan mereka yang melakukan pertaruhan perlu melakukan pembayaran menerusi sistem perbankan dalam talian”.

Lebih mengecewakan, Nasri turut mengatakan aktiviti haram itu turut dikendalikan oleh seorang lelaki tempatan. Pihak polis telah merampas dua meja kasino, 104 keping kad terup, 913 keping cip yang bernilai RM5, RM25, RM100, dan RM500 serta sejumlah wang tunai.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...