February 5th, 2020

Isu usahawan kosmetik, Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah memberikan kesan kepada masyarakat sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu.

sajat pakai telekung umrah

Enggan pelbagai persoalan terus timbul dan orang ramai terus keliru, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.

Difahamkan, Dr Zulkifli sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kontroversi tersebut bagi membincangkan mengenai status jantina Sajat, sama ada lelaki ataupun khunsa.

sajat umrah

Ia berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN. Nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman. Jantina didaftarkan sebagai lelaki. Sehingga kini tiada dokumen perubatan rasmi yang membuktikan dia seorang wanita seperti sering didakwanya.

Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.

Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.

Maka, pendirian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)  berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya. Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki.

sajat keluar mekahPada masa yang sama, Dr Zulkifli menjelaskan adalah wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya.

Terdahulu, kontroversi Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita nampaknya sudah mendapat perhatian pihak kerajaan. Tindakannya itu telah memberi imej buruk kepada agama dan negara. Malah, ia turut menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Sumber Berita : mStar Online & Facebook Mufti WP


8 responses to “JPN Sahkan Lelaki, Sajat Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal – Mufti WP”

  1. Minah says:

    Memang semua dgn keizinan Allah ,kalau Allah berkehendak DIA jg boleh lupuskan terus sajat di bumi makkah, tp tidak berlaku tidak lah bermakna Allah beri keizinan utk dia bersewenang2 buat mcm2 perkara, kerana Allah sudahpun beri akal dan fikiran waras utk kita tentukan mn yg baik dan mana yg buruk.. sesungguhnya yang baik atau yg BURUK juga datang dr Allah, utk peringatan buat kita . dan nyata yg buruk juga bermula dr kita. .?

  2. niena says:

    betul.. semua dgn izin Allah.. tp kdg2 ayat ni jugak yg dipakai oleh org2 yg nk buat kemungkaran.. mcm org berzina.. sume dgn keizinan Allah.. tp sedar tak kite juga sedang dilaknat oleh Allah sebab kan perbuatan maksiat tu sendiri?

  3. kaktus says:

    SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH…. SEMOGA KITA SEMUA DALAM LINDUNGAN ALLAH DAN MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT

Loading...