JPN Kini Dalam Fasa Akhir Untuk Tukar MyKad Generasi Baharu

Teknologi

JPN Kini Dalam Fasa Akhir Untuk Tukar MyKad Generasi Baharu

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam fasa akhir untuk memuktamadkan perolehan kad pengenalan (MyKad) berstruktur baru yang bakal menggantikan kad pengenalan yang sedia ada dikeluarkan sejak 2012.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata penggantian kad pengenalan struktur baru itu bertujuan untuk memastikan kad pengenalan yang bakal dikeluarkan oleh JPN itu mempunyai ciri keselamatan yang tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.

Advertisement

 

Ia juga bagi membendung sebarang cubaan untuk memalsu dan menyalahgunakan MyKad yang menjadi dokumen penting bagi Malaysia.

Memetik dari Buletin TV3, Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata semua fungsi MyKad jenis lama akan dimansuhkan sebaik MyKad generasi baharu diperkenalkan bagi mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan itu.

Shamsul turut berkata, MyKad generasi baharu itu dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lebih canggih dan diperbuat daripada bahan ‘polycarbonat’ yang sudah diuji ketahanannya di makmal bertauliah.

MyKad akan digantikan

Reka bentuk MyKad baharu ini juga tampil lebih moden dengan elemen seperti tulisan laser dan hologram yang lebih maju selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Ciri keselamatan terkini itu diyakini mampu mengatasi isu pemalsuan.

Shamsul ,menyimpulkan JPN sedang menjalankan kajian pasaran bagi memastikan pelaksanaan MyKad baharu itu memenuhi prinsip nilai faedah terbaik.

MOH ingin perkenalkan aplikasi ambulans apps
5 days ago

Kementerian Kesihatan Merancang Perkenalkan Aplikasi Ambulans Berinspirasikan E-Hailing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...