Kereta mewah Rolls Royce Ghost milik Datuk Aliff Syukri antara 20 kenderaan yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Patuh di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Kenderaan tersebut yang disewa warganegara Australia itu disita atas kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman menerusi portal Harian Metro berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.
Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000. LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung.
Op Patuh yang diadakan bermula jam 8.30 malam turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.
Jojoba
January 1, 2018 at 1:40 pm
Har har har har har har har
sepaun
January 1, 2018 at 12:27 pm
Allah nak tegur :)
Apa tk bleh
January 1, 2018 at 1:59 pm
Win giler..???
Apa tk bleh
January 1, 2018 at 1:59 pm
Win giler..???
Anonymous
January 1, 2018 at 12:16 pm
Income tax dept tak nak siasat ke …kat aku miskin pandai hantar surat ugut tak boleh keluar negara pelbagai …….. Kat si datuk kaya ni kau org tak nak siasat ke habis habisan .
Ustazahterlajaklabuh
January 1, 2018 at 12:23 pm
LHDN tak siasat lesen kereta dik. Harap maklum.
Ps: tension sgt pasal kena audit sebab buat deduction palsu ke? Mohon muhasabah rezeki tu berkat ke tak #donedakwah
xoxo
January 1, 2018 at 1:09 pm
kann.. orang miskin mana kena bayar income tax..
Anonymous
January 1, 2018 at 4:11 pm
Ustazah … Hanya mangkuk ayun macam ustazah aje nak income tax dept siasat no plate kereta … Renung renung lah ….
anonymous
January 2, 2018 at 9:59 am
alah ustazahterlajaklabuh nak suruh orang muhasabah rezeki berkat ke tidak…entah2 ko ni keje LHDN main tenet bergossip..dah la duduk bangunan juta2 pastu perabih duit rakyat…patutnya korang yang keje kat LHDN tu muhasabah diri ko pulas duit rakyat ko ada bagi ke hak rakyat yang sepatutnya ko bagi dan ko laksanakan?
deduction palsu rakyat ko nak suruh muhasabah diri yang kepala bapak kau boss kau tu melahap duit rakyat hak rakyat yang patut muhasabah diri takut merangkak kat masyhar nanti!
Anonymous
January 1, 2018 at 2:16 pm
Troublesome Datuk…
Anonymous
January 1, 2018 at 12:07 pm
bila nak serbu pendatang2 tanpa izin lagi? yg masuk beratus-ratus ribu… yg ditahan…30-50 org.
Anonymous
January 1, 2018 at 12:05 pm
baguslah….
minah jambu suka sahara yaakop
January 1, 2018 at 8:33 pm
sabar ye datuk aliff minah jambu tau u pehak yg benar..semoga di lindungi Allah selalu…