JPJ Perak Bakal Lakukan Lelongan Kenderaan Dengan Harga Lelongan Serendah RM50

Trending

JPJ Perak Bakal Lakukan Lelongan Kenderaan Dengan Harga Lelongan Serendah RM50

Pastinya ramai yang menantikan aktiviti lelongan kenderaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pada 25 September ini, JPJ Perak akan melolong 105 kenderaan yang melibatkan 18 kereta, 20 motosikal, tiga van dan satu lori.

Acara lelongan bermula jam 9 pagi, 25 September bertempat di JPJ Perak membabitkan kenderaan yang boleh dilesenkan semula dan juga tidak boleh dilesenkan.

Advertisement

Antara kenderaan yang menarik untuk dibida adalah Toyota Wish, Mercedes Benz, BMW, Subaru Impreza selain motosikal Yamaha 125Z, Honda EX-5 dan banyak lagi dengan harga lelongan bermula serendah RM50.

Menurut Pengarah Severinus Tukah, kesemua kenderaan akan dilelong melalui lelongan awam itu dipamerkan untuk pemeriksaan awam selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini.

Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam acara lelongan ini, dokumen pelelongan awam sudah mula dijual bermula 10 September lalu pada harga RM70.

Dokumen itu boleh didapatkan sehingga jam 4 petang pada 24 September. Dokumen boleh dibeli di Bahagian Kewangan JPJ Perak dan pembeli juga perlu membawa bersama salinan kad pengenalan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...