Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kajian secara menyeluruh untuk mengurangkan kos memiliki lesen motosikal, termasuk motosikal berkuasa tinggi.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata, pengurangan itu mungkin boleh menggalakkan lebih ramai penunggang motosikal memiliki lesen, namun pihaknya perlu memperinci terlebih dahulu kesesuaiannya dan kos yang terlibat dalam usaha itu.
Beliau berkata, penunggang motosikal harus memahami kelebihan memiliki lesen kerana ia bakal memberi manfaat insurans kepada setiap individu, khususnya jika terlibat dalam kemalangan.
“Hampir 1.2 juta penunggang motosikal di negara ini tidak mempunyai lesen dan 6,000 kemalangan melibatkan golongan tersebut dengan 18 kematian direkodkan setiap hari.”, katanya.