JP Morgan Jangka Malaysia Dan China Antara Negara ‘Kebal’ Daripada Kesan Harga Minyak Naik Mendadak

Berita

JP Morgan Jangka Malaysia Dan China Antara Negara ‘Kebal’ Daripada Kesan Harga Minyak Naik Mendadak

Ekonomi Asia dijangka berdepan risiko tinggi sekiranya berlaku kejutan dalam sektor tenaga global, menurut penganalisis JP Morgan, Rajiv Batra.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa hanya beberapa negara dilihat mampu bertahan dengan lebih baik, termasuk Malaysia dan China yang mempunyai struktur tenaga serta asas ekonomi lebih stabil berbanding negara lain di rantau ini.

Advertisement

“Kebanyakan negara Asia merupakan pengimport bersih tenaga dan sangat bergantung kepada bekalan luar.”

“Situasi ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga global, sekali gus memberi tekanan kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam temu bual bersama CNBC.

Menurut beliau, kejutan tenaga merujuk kepada peningkatan mendadak harga minyak dan gas atau gangguan bekalan yang biasanya berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik.

Keadaan ini boleh menyebabkan negara terlibat berdepan defisit akaun semasa yang lebih tinggi, kejatuhan nilai mata wang serta peningkatan kos sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Rajiv berkata Malaysia dan China mempunyai kelebihan tertentu yang menjadikan kedua-dua negara lebih berdaya tahan.

“Malaysia mempunyai beberapa penampan kukuh termasuk kedudukannya sebagai pengeksport bersih tenaga.”

“Selain itu, defisit fiskal negara berada pada tahap terkawal hasil dasar kerajaan yang berdisiplin, manakala kadar inflasi juga kekal sederhana,” ujarnya.

Tambahnya lagi, faktor tersebut bukan sahaja menyokong pasaran ekuiti, malah membantu menstabilkan nilai mata wang.

Pada masa sama, China pula mempunyai kawalan lebih ketat terhadap sektor tenaga serta sumber domestik yang mencukupi termasuk arang batu dan tenaga alternatif.

Malaysia juga dilihat mempunyai kelebihan sebagai antara pengeluar minyak dan gas di rantau ini, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap import tenaga.

Sehubungan itu, Malaysia dan China dijangka berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk menghadapi cabaran kejutan tenaga berbanding negara Asia lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ron 95
2026-03-27 18:03:18

Luahan Golongan Rentan Terhadap Pengurangan BUDI95 - "Saya Kecewa.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...