Joy Revfa ‘Seram’ Tengok Kes Libatkan Pendakwah, Kongsi Tips Elak Wanita Tepis Godaan

Hiburan

Joy Revfa ‘Seram’ Tengok Kes Libatkan Pendakwah, Kongsi Tips Elak Wanita Tepis Godaan

Usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa sebelum ini ada mendedahkan bahawa dia pernah diganggu lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah dan ustaz.

4 years ago

"Benar Dia Suka Mengusik Tapi.." Terkena Tempias Kes Da'i Syed, Joy Revfa Minta Mangsa Buat Laporan Polis Jika Ada

Advertisement

Berikutan itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin,34, berasa terpanggil untuk memberikan sedikit nasihat kepada golongan wanita agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuka sebarang peluang sehingga digoda oleh lelaki hidung belang.

Disebabkan tahun ini tak henti-henti ada sahaja fitnah yang melanda golongan yang dihormati termasuklah bergelar ustaz, saya nak kongsi tips kepada wanita.

Sebagai wanita haruslah mencegah daripada awal. Sekiranya anda tiba-tiba diganggu golongan yang gelarkan diri mereka pendakwah atau lelaki acah alim, tak kisah la popular atau tidak, jangan sesekali layan.

Katanya lagi, kalau seseorang wanita itu menerima mesej pada waktu malam, tidak perlu dibalas sebaliknya hanya menunggu waktu siang jika perlu melakukan sedemikian.

Kalau mereka minta gambar yang bukan-bukan, balas saja..berdosa besar, ingat Allah S.W.T, ingat isteri anak-anak, dunia dah nak kiamat. Jangan melayan atau terima apa-apa tawaran dia. Jangan bagi peluang sedikit pun untuk mulakan perbualan intim.

Tambah Joy, pendakwah dan orang alim ugama juga seorang manusia biasa yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Joy juga memberitahu bahawa tidak kisahlah seseorang wanita itu ‘free hair’ atau bertudung labuh, mereka tetap akan diganggu oleh mereka yang gagal mengawal nafsu, tidak kiralah pendakwah mahupun orang kebanyakan.

Terdahulu, sekitar November tahun lalu, Joy pernah mendedahkan mengenai kewujudan segelintir pendakwah yang berperangai tidak senonoh.

Bekas isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun ini juga turut berkongsikan pengalamannya diganggu oleh lelaki seperti itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...