Joy Revfa Selamat Bertunang Dengan Rakan Kongsi, Nikah Selepas Hari Raya

Hiburan

Joy Revfa Selamat Bertunang Dengan Rakan Kongsi, Nikah Selepas Hari Raya

Setelah beberapa tahun hidup solo selepas bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada tahun 2017, akhirnya usahawan kosmetik, Joy Revfa selamat mengikat tali pertunangan dengan rakan kongsi perniagaannya pada Sabtu lalu di Shah Alam.

joy revfa bertunang rakan kongsi

Advertisement

Bagaimanapun, Joy enggan mendedahkan identiti jejaka yang pilihan hatinya itu dan bertindak “menutup” wajah tunangnya ketika memuat naik foto momen pertunangan mereka di Instagram.

Difahamkan, Joy dan tunangya yang merupakan seorang jurulatih kecergasan bakal berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri.

joy revfa bertunang rakan kongsi

Majlis pertunangan dibuat sederhana dan tertutup. Saya bersyukur majlis dihadiri teman rapat seperti Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya. Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang, tidak lama lagi. Insya-Allah tahun ini juga.

Menurut Joy, mereka mula berkenalan pada tahun lalu dan lelaki itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.  Seorang yang menjaga solat dan kuat pegangan agama.

joy revfa selamat bertunang

Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri.

Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness. Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya.

Terdahulu, Joy mendirikan rumah tangga degan Hafiz Hamidun selama beberapa bulan sahaja sebelum disahkan bercerai pada 2017. Dalam perkahwinan pertama, Joy dikurniakan anak, Arryan Firdaus yang berusia enam tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Norman Yousuf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...