Sah diijabkabulkan pada 1 Mei lepas, isteri selebriti Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa tersentuh saat mendengar suaminya itu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al –Quran ketika mereka solat berjemaah.
Joy juga bersyukur kerana dapat memiliki seorang suami seperti Hafiz. Imam dunia dan akhirat buatnya.
Kali pertama solat berjemaah bersama suami rasa sebak sangat, sepanjang solat tak dapat tahan air mata.. belum pernah rasa indah seperti itu.. belum pernah dengar bacaan dalam solat sesempurna itu… Tak sangka Allah SWT beri kesempatan untuk saya merasa bahagia.. kali ini terasa benar-benar memiliki seorang ‘imam’ dunia & akhirat..
Semoga Joy dan Hafiz akan kekal bahagia seperti ini sehingga hujung nyawa mereka. Amin..