Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Joy Revfa Bakal Tamatkan Zaman Janda, Pilih Lelaki Tinggi Ilmu Agama Dan Bijak Dalam Perniagaan

joy revfa

Beberapa kali gagal dalam rumah tangga dan setelah sekian lama hidup solo, akhirnya usahawan kosmetik, Joy Revfa bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

joy revfa

Bagaimanapun, buat masa ini dia enggan mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menawan hatinya itu sehinggalah tiba hari pernikahan mereka nanti. Namun, Joy ingin memaklumkan jejaka tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini, mereka sudah berpisah sejak tahun lalu.

Advertisement

Ya, memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti. Bukan apa, takut nanti terlalu berkongsi ada perkara yang tidak baik berlaku.

joy revfa

Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti.

Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. Saya dengan bekas kekasih sudah berpisah sejak tahun lalu. Anggap sajalah tiada jodoh dan hubungan kami tiada lagi sehaluan.

Advertisement

joy revfa kahwin

 

Dalam pada itu, Joy berkata dia menginginkan pasangan hidupnya selepas ini seorang yang berpengatahuan luas dalam dunia perniagaan dan semestinya mempunyai ilmu agama agar dapat membimbingnya serta membentuk sebuah keluarga bahagia.

Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami.

joy revfa tamat zaman janda

Advertisement

Terdahulu, Joy pernah mendapat perhatian ramai apabila perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 didakwa tidak sah. Selepas dihimpit pelbagai kontroversi, akhirnya mereka sah bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Sebelum itu, Joy pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. zahra

    February 18, 2020 at 12:32 pm

    nasib baik bkn dgn pelakon sblm ni, yg pelakon ko bercinta thn lps tu joy, beria siap ajak aku check in masa dia ada shooting kt pd, jenis lelaki x semenggah

  2. Anonymous

    February 17, 2020 at 2:17 pm

    Cari orang tinggi agama, baguih2. Moga minda terbuka untuk ditegur pasal agama bila terbuat silap.

  3. saje menyibok

    February 17, 2020 at 1:46 pm

    gambar last tu mmg rambut dia betul ke tu?

  4. yummy

    February 17, 2020 at 1:14 pm

    biar la dia nak makeup…yg engko dengki apasal? lain la engko, berkerak, berlumut..
    mak bedah bodo!!

  5. mak bedah

    February 17, 2020 at 12:49 pm

    bgus pilihan awak tu. but de same time awk pun perlu jge imej sebagai seorg isteri ugamawan yg tinggi. makeup n jge pandangan pun sgt penting. uplod pun kne jge2 dgn imej yg sesuai. ok.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top