February 17th, 2020

Beberapa kali gagal dalam rumah tangga dan setelah sekian lama hidup solo, akhirnya usahawan kosmetik, Joy Revfa bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

joy revfa

Bagaimanapun, buat masa ini dia enggan mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menawan hatinya itu sehinggalah tiba hari pernikahan mereka nanti. Namun, Joy ingin memaklumkan jejaka tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini, mereka sudah berpisah sejak tahun lalu.

Ya, memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti. Bukan apa, takut nanti terlalu berkongsi ada perkara yang tidak baik berlaku.

joy revfa

Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti.

Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. Saya dengan bekas kekasih sudah berpisah sejak tahun lalu. Anggap sajalah tiada jodoh dan hubungan kami tiada lagi sehaluan.

joy revfa kahwin

 

Dalam pada itu, Joy berkata dia menginginkan pasangan hidupnya selepas ini seorang yang berpengatahuan luas dalam dunia perniagaan dan semestinya mempunyai ilmu agama agar dapat membimbingnya serta membentuk sebuah keluarga bahagia.

Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami.

joy revfa tamat zaman janda

Terdahulu, Joy pernah mendapat perhatian ramai apabila perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 didakwa tidak sah. Selepas dihimpit pelbagai kontroversi, akhirnya mereka sah bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Sebelum itu, Joy pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

Sumber Berita : mStar Online


6 responses to “Joy Revfa Bakal Tamatkan Zaman Janda, Pilih Lelaki Tinggi Ilmu Agama Dan Bijak Dalam Perniagaan”

  1. neno says:

    sapa bakal laki dia tu mak bedah? nampak gaya macam makin terbukak je, sblm ni tak nampak rambut, itu hari gi bercuti siap tayang ala2 orang arab punya style. baju pun kemain ketatnya

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...