Written by Bella | November 19th, 2017

Minggu lalu, foto pereka fesyen terkenal  Datuk Jovian Mandagie bersama anaknya, Jaenella Nika Mandagie yang memakai selimut jenama mewah, Hermes bernilai RM4,000 mendapat perhatian netizen. Ada yang mengatakan Jovian terlalu ingin mempamerkan kemewahannya.

Menurut Jovian, beliau tidak pernah berniat untuk riak apatah lagi muat naik beliau di Instagram adalah tentang cahaya matanya dan bukanlah mengenai selimut tersebut.

Rasanya saya tidak riak mahupun berniat untuk menunjuk-nunjuk sewaktu memuatnaik gambar di IG dengan tanda jenama atau menyebut harga selimut itu. Malah, entri saya bukan bercakap mengenai selimut terbabit, tetapi perihal anak saya. Banyak lagi cara untuk menunjuk kalau nak riak atau berlaku sombong.

Mengenai harga yang saya bayar juga, nilai itu berpatutan dengan kualiti produk terbabit. Ia selimut daripada bulu biri-biri yang disulam tangan, buatan Perancis. Saya anggap ia sebagai sejenis ‘pelaburan’ kerana selimut itu boleh digunakan sehingga umur Nika mencecah lima hingga enam tahun nanti.

Jovian tidak mahu terlalu mengambil pusing dengan komen netizen dan menyifatkan mereka yang suka mengkritik itu sebenarnya iri hati dengan apa yang beliau miliki.

Sumber Berita : BH ONLINE

24 responses to Jovian Mandagie Nafi Riak Muat Naik Foto Anak Pakai Selimut Hermes

  1. Anonymous says:

    kalau jadi selebriti harus terima kritikan. kalau setiap kritikan ko sentap baik ko masuk umno bro. mmg umno jenis x boleh terima kritikan dr dulu….

    4

    8
    • Anonymous says:

      Try your best to impress Allah. … not people.

      9

      0
      • flamingo says:

        Kalau diamati..ya jgk lh tu kearah nk tunjuk..sambil menyelam minum air..dh org tegur baru perasan kann..
        Bila kita hidup mewah mmg kena hadapi teguran org ramai..walaupun niat awk x gitu..

        1

        7
        • Miss Unibes says:

          Sabar je lah Bian oi. Ni zaman taik hidung pun org akan nampak walau kau ambik gambar dari belakang lah Bian. Apa2 pun dah trend ke macam ramai nama sekarang “nel nel” hujung dia. Kadang “nella”. Mcm kau Bian aku teringat jendela bila sebut nama anak kau. K.

          2

          0
        • Anonymous says:

          Aku mmg tau couple ni suka menunjuk dari dulu. Hati mungkin baik tp mmg suka menunjuk kekayaan. Tp netizen pun hebat jgk. Serius aku taktau pun wujudnya brand Hermes tu. Aku ingt selimut balut baby je sbb aku tgk baby tu je, bukan selimut tu.

          7

          3
      • Mat Ronggeng says:

        Betul. Kalau tak nak menunjuk amik gambar tu simpan dlm phone camera. Jangan di upload dlm social media kau. Unless kau punya social media tu very private just between family and close friends. Ni kalau open tu public…tu syndrome “Datuk Aliff Terlajak Show Off”

        2

        6
    • Anonymous says:

      X denya org iri hati lh datuk..siapa x kenal datuk kn..org yg hidup serba mewah..netizen yg ckp tu rakyat marhaen yg hidup tersepit dlm zmn ni…jadi bagi mereka rm4k hanya sekadar selimut mcm x berbaloilh..selimut yg biasa2 jenama anakku..Johnson..ke apa yg byk dipasaraya pun dh syukur sgt2 bagi mereka..duduk m’sia je pun byk panas dpd sejuk..

      9

      4
      • Hermenio says:

        Lorrr.. dah tak mampu buat la cara tak mampu. Yg dibazirkan tu duit dia, bukan duit korang yg kais pagi makan pagi. Mmg iri hati la tu. Gila tak iri hati. Tapi dah takda duit..kutuk je la yg boleh dibuat.
        Come on la people… boleh beza kot org classy mcm jovian ni dgn geng2 sampah sarap kaya yg lain yg gedik tyg harta.

        26

        0
    • anyn says:

      riak la sensorang. selimut tu aku nampak mcm selimut kedai cina mtk tawar je…. function sama… so xda aku nak rasa kagum ponnnn

      3

      4
  2. Anonymous says:

    mmg dia masuk umno pun..

    0

    1
  3. Anonymous says:

    biorlaaaaa duit dia pun kan…anak dia kan….biorleeeee…

    19

    0
  4. Anonymous says:

    Bior la deme mampu. Lagipun ramai orang nk dtg visit cucu Menteri nih.. “bior elok, bior cantik. Ghamei orang nak meghenung ,,,,,,

    6

    0
  5. kak maghia says:

    nasib aku buta barang jenama….ko letak lah H ke x tau pon selimut tu mahal…ni baru tau hoiii hahaha, mampu..pe salahnya, kalau guna duit rakyat tu yg kita emo n marah

    29

    0
  6. Anonymous says:

    Menantu menteri UMNO …. mestilah …..

    1

    7
    • johnny bravo says:

      Bongok!! He is a successful businessman, dia tak perlukan duit pak mertua dia. Jgn jadi bodoh & nak babitkan semua bende dgn umno..

      10

      0
    • KakKiah says:

      Dia memang dah kaya la. Ko ni tak kenal ke dia sapa? Hadoi….takde kaitan dengan sapa bapak mertua dia pun

      7

      0
  7. Hanna says:

    Errr. … Sapa ni ?

    0

    2
  8. daon kesom says:

    Biarlah. Dia ada duit. Nak selimut dgn duit pun tak kisah.

    4

    0
  9. makhayam says:

    selimut tu agak2 kalau pakai tido mesti rasa tk nk bangun2 lg kan

    0

    1
  10. serene says:

    Dia belikan selimut yg mahal utk anak dia pun ade melayu yg dengki, Bknnya dia nak menunjuk pun. Yg suka menunjuk & riak tu mcm si aliff & rozita che wan, yg upload semua bende.

    8

    0
  11. Aku says:

    Adoi korang punya metaliti! Biar la, dah dia mampu! Utk anak kut… Takpe Jovian, I support u, bro! Amal jariah u buat org tak cakap pulak.. Takpe, u tak salah bro. Bukan u curi pun..

    8

    0
  12. Jihan says:

    Kenapa la berfikiran negative.
    Tau ke mcmana jovian tu kerja cari rezeki utk anak isteri?
    Kalau dia nak belikan anak dia baju 18juta ringgit sekali pun, he goes for it!
    Die bekerja keras nak provide yg terbaik.
    Tau nak pungpang cari salah org. Kalau takat duk cari salah je, bole la berangan pakai selimut 30juta .

    0

    0

Leave a Comment

Optional