Pereka fesyen dan juga usahawan, Jovian Mandagie baru-baru ini ada meluahkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa kebakara di Los Angeles, Amerika Syarikat yang masih belum pulih sehingga kini.
Dalam satu hantaran di media sosial, Jovian berkata tragedi itu telah meningkatkan rasa kemanusiaan pada setiap insan.
Jika kita boleh merasakan mereka di LA, marilah kita sama-sama memangjangkan penjagaan yang sama kepada mereka di Gaza. Kesakitan tidak memilih pihak, dan empati kita juga tidak sepatutnya.
Mari kita memberi ruang dalam hati kita untuk semua orang yang terjejas dan terus menyebaskan kasih sayang di mana sahaja yang paling diperlukan. Doa saya kepada semua rakan saya di LA & Gaza.
Namun begitu, perkongsian tersebut telah menimbulkan lebih banyak reaksi negatif netizen yang rata-rata mendakwa daerah itu menyokong rejim Zionis.
Anggap je la ni sebagai wake up call for politicians kat sana..they spent billions of dollars to burn Gaza City, now Allah nak tunjuk..L.A burn without cost.
Berikutan itu, Jovian tampil membalas respon-respon negatif itu dengan mengatakan bahawa tidak semua mereka di sana bersifat zalim dan menyokong Zionis.
Tak semua orang di sana zalim. Banyak juga yang tak happy dengan apa kerajaan Amerika buat pada Palestine. Kawan2 saya di LA (US citizen) semua pro palestine. Jadi tak salah kalau kita berikan mereka doa2 yang baik, biar Allah yang balas kejahatan Zionist, bukan kita.
Jovian juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya bersikap neutral dan menegaskan dia tidak pernah berhenti menyokonng perjuangan rakyat Palestin di Gaza.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.